RSS

Misteri Panggilan Telefon - Part 3


Setelah investigation sendiri dibuat selama 3 hari berturut-turut, aku dah berjaya faham pe yang nenek tu cakap, melalui bantuan Danny. Danny cadangkan aku untuk pergi Telekom, cuba track berapa nombor telefon nenek tu,lepas tu senang lah kitorang nak tau alamat rumah die kan, dalam hati ni waktu tu memang dah bersemangat nih, nak jumpa nenek yang pd awalnya aku anggap menakutkan, tapi bertukar jadi simpati pulak.

Aku pun request lah dari partner yang sama incharge restaurant tu, untuk ambik offday hari Ahad, nasib baik gak lah die okay je, sebab waktu tu tengah bulan, restoren pun takde lah busy sangat, staff pun cukup, so no hal lah kalau aku nak offday hari ahad. Aku dah standby dah tulis info pasal nenek tu, waktu2 yang selalunya die call, untuk memudahkan aku jadik CSI kat telekom tu.


Hari Ahad .. Danny jemput aku kat umah .. kitorang sarapan kat McDonald. Waktu sarapan, aku dengan Danny banyak sembang pasal nenek ni, macam-macam spekulasi yang timbul, tapi waktu tu aku memang kuat dengan kepercayaan aku yang nenek ni confirm nyanyuk lah. Danny pulak cakap, jangan2 nenek ni dah mati, rindu anak dia kot,tu yang duk call tu tapi salah nombor. Ade pulak mcm tu, habis tu nenek tu mati, kubur sekali dengan telefon ke, ke cina memang suka bawak harta masuk kubur. Waktu aku cakap mcm tu, aku tersedar aku terlepas cakap pulak, tak sepatutnya assume cina mcm tu kan, aku diam then say sorry.

"Sorry? Kenapa?"
"Ye lah,kan tadi sy macam assume cina ni gila harta pulak. Sorry la,takde niat."
"Kenyataan tu, ada jugak bangsa cina yang akan kuburkan mayat bersama sedikit harta milik dia"
"Owh ye ke? Sy ingatkan zaman dulu-dulu je mcm tu?"
"Sekarang pun ada jugak mcm tu Aishah .."
"Owh,family awak masih amalkan tanam harta bersama mayat gak ke?" (dah la tadi mintak maaf,timbul balik soalan takde insurans aku nih
)

"Taklah.. itu bukan cara kita orang Islam" kata Danny yang merentap jantung aku, rasa nak gugur waktu tu jugak.

"Awak .. Islam?"
"Kalau ya,kenapa?"
"Sebab Mdm Wong ..kan buddha?"
"Iman boleh diwarisi ke?" - Hoh,time ni muka aku dah panas.

Waktu tu, baru aku tau Danny rupa-rupanya Cina Hakka yang beragama Islam sejak dilahirkan. Ayahnya berbangsa Cina Hakka dan ibunya berbangsa Suluk yang berasal dari Sabah. Ibu bapa Danny ni memeluk Islam selepas 3 tahun berkahwin,waktu tu Danny tak lahir lagi. Aku pun ternganga je lah dengar penjelasan die, sebab aku pada awalnya tak pulak expect die Muslim, mungkin sbb die bangsa Cina Hakka jadi aku macam terus cop die beragama Buddha, mcm mak sedaranya si mdm wong tu.

Eh, tersasar pulak.. ni nak cerita pasal kisah nenek ke kisah Danny ni
..

Setibanya kitorang di Telekom, ambil nombor giliran & cerita pasal masalah kitorang kat pegawai telekom tu. Aku yang bercerita pasal masalah ni, cuma aku ceritakan secara general. Aku cuma bgtau, nombor telefon restoren kitorang selalu dihubungi oleh orang yang tak dikenali, setiap hari. Aku tak pulak cerita pasal nenek tu cari freedie segala,sebab aku rasa info tu terlampau detail pulak,mcm very the tak perlu (ke perlu..?). Jadi kiranya aku request lah nak track nombor tu. Pihak telekom tu suruh tunggu & dorang ada mintak beberapa info la untuk sahkan aku memang authorized person ke atas nombor restoren tu. Selepas beberapa minit mcm tu, dorang cakap tiada nombor yang dikesan call restoren kitorang setiap hari, nombor lain memang ada call, tapi bukan setiap hari.

Aku rasa pelik, nombor yang call kitorang setiap hari, tiada dalam rekod pemanggil. Aku mintak untuk print kitorang punya in-call record, bila dah dapat, memang takde dalam rekod pulak. Ada satu nombor tu, yang aku nampak ada call pada waktu tengahari, selama 3 hari berturut-turut, aku request nak mintak info nombor siapa tu, tapi malangnya bila Telekom cakap dorang tak boleh bagi info nombor telefon secara sebarangan terutamanya nama atau alamat,dorang cakap memang tak boleh kecuali ada report polis bagai, untuk siasatan kalau aku nak dakwa nombor tu sebagai mengganggu privasi. Aku cakap lah memang nombor yang call tiap hari tu mengganggu privasi, tapi aku cuma sekadar nak tahu nama dan alamat dia, aku tak berniat sampai nak report polis pulak. Then pegawai telekom tu bagitau, minta maaf sebab dorang tak boleh reveal maklumat pelanggan secara terus. Mesti melalui report polis ataupun permintaan dalam bentuk bertulis/surat rasmi.

Aku dengan Danny pun malas lah nak bincang panjang, aku tak sangka pulak procedure untuk dapatkan maklumat tu jadi rumit pulak. Aku makin pelik bila tengok senarai nombor tu, hampir semuanya aku memang kenal, nombor supplier. Kalau ada pun nombor yang aku tak kenal, tu semua nombor customer yang call, takde pulak yang call tiap2 hari mcm nenek tu. Pelik.

Waktu ni,aku dah mula rasa tak kena. Rasa takut. Berhantu ke apa nombor telefon kitorang ni, perasaan takut yang baru je hilang tu, dah datang balik. Rasa ingin tahu tu membuak-buak, aku tak puas hati dengan info yang kitorang dapat. Danny cadangkan buat je laporan polis, tapi aku cakap tak payah. Bukan apa, kang makin rumit pulak, leceh lah sampai nak buat laporan pulak. Aku pulak jenis yang malas nak melalui semua tu, setakat panggilan telefon mcm tu, aku rasa banyak lagi kes lain yang polis nak siasat, kes mcm aku ni dikira kes terpencil je kot.

Aku dengan Danny pun balik je, dengan fikiran aku yang tengah sarat dengan 1001 misteri.

Oleh kerana aku rasa mcm dah takde harapan je (kes malas nak buat report polis & nak tulis surat rasmi lagi satu hal), jadi perkara ni agak terbiar lah jugak. Nenek ni masih lagi call, dan aku.. masih lagi setia melayan suara sayunya setiap hari. Aku banyak cakap ok je kat nenek tu, dan setiap kali nak habis perbualan, wajib ada perkataan kamsiaaa tu..

2 bulan berlalu selepas kenal dengan Danny, Danny pun dah dapat kerja tetap, dekat salah sebuah hotel,sebab die pun memang amik jurusan perhotelan. Sejak tu, die sibuk dan tak lagi bertanya tentang nenek, yang mana aku je jadi peneman setia nenek tu, kalau bukan aku, yang clerk sorang tu lah yang layan. Danny bekerja ikut shift, kadang2 dlm seminggu tu sampai beberapa kali balik lewat, midnight shift punya pasal. Jadi waktu untuk kitorang lepak sama2 waktu zaman die menganggur tu,dah tinggal kenangan. Aku pun tak nak ganggu die, maklumlah die baru nak mula career dan bekerja tetap, mesti banyak benda yang dia sibuk,belajar itu ini.

Pada satu hari ni, tiba-tiba Danny call aku, banyak kali. Tapi aku tak perasan sebab handphone aku letak dlm locker,sibuk layan customer kat restoren. Hari tu pulak hari Ahad, clerk tak bekerja, Danny call opis pun tak berjawab. Selepas aku dah tak berapa sibuk, aku baru teringat nak check handphone. Terkejut gila woh, ada banyak missed calls and sms daripada Danny yang suruh call back secepat mungkin,ada hal penting.

Bila aku call balik, aku tanya ada apa hal yang penting tu. Danny cakap, nenek tu call opis tempat die kerja,suara yang sama,memang die kenal sangat tapi kali ni berbeza sebab nenek tu cakap lain pulak, bukan dialog yang selalu die sebut waktu die call restoren kitorang. Danny cakap die nak jumpa aku malam tu jugak, sebab die nak cerita pada aku face to face, aku pun setuju. Then kitorang pun jumpa kat warung mamak yang tak berapa jauh dari rumah aku.

Danny memang betul lah tak sabar, aku belum keluar dari kereta lagi, baru je parking tapi die dah ketuk2 cermin kereta aku suruh aku keluar cepat. Aku rasa berdebar betul, aku rasa mcm die nak cerita berita buruk je kat aku, aku cuba untuk bersedia dari segi mental, kot2 dapat berita mengejutkan ke apa ke kan..

"Aishah, awk ingat lagi ke, nenek tu? Die masih call ke?"
"Tak pasti la. Sebab beberapa hari lepas memang sibuk sangat,sy takde duduk dlm opis sgt"
"Sy pelik lah, nenek tu call opis tempat sy kerja.Kalau awk tak percaya, awak dtg esok tp pls, awak cakap lah awak dtg nak jumpa sy bincang psl kerja ke apa ke, opis sy mana boleh bawak org luar masuk lah"

Aku ok je lah bila die suggest mcm tu, tapi aku ckp kat die, kalau waktu aku dtg tu, nenek tu tak call,macamana? Takkan aku nak tunggu kot? Danny cakap confirm nenek tu call sebab dah 2 hari die call pada waktu yang sama (lunch hour).

Keesokan harinya, aku pergi ke tempat Danny kerja, waktu lunch hour. Die share opis die dengan 3 org lagi staff tapi semua keluar pergi makan & ada yang on leave gak. Tunggu punya tunggu, tunggu punya tunggu, akhirnya nenek tu call jugak.

Aku yang angkat dan cakap "hello", dibalas balik dengan "Haaaalllllaaaooooo.." Ya Allah ni memang sah nenek yang call restoren aku, mcmana pulak dia boleh ada nombor opis Danny? Danny cakap dengan nenek tu,lama. Dan ini, adalah yang aku translate dari bahasa hokkien ke bahasa melayu.

Dani : Hello nenek,ingat Aishah ke,kenapa call sini?
Nenek : Freddie takde situ, nenek nak die pulang. Tolong nenek.
Dani : (Diam)
Nenek : Tolong nenek. Kenapa dia takde? Makanan die tertinggal.
Dani : Nenek, cuba nenek bgtau nenek tinggal mana. Rumah nenek mana?
Nenek : Pagi tadi die tertinggal bekal makanan. Mcmana nenek nak bagi, nenek tak tau opis dia.
Dani : Nenek boleh bg dengan sy, tapi kita kena jumpa. Nenek dekat mana?
Nenek : Nak bagi die makanan yang tertinggal, dah sejuk ni nak..

(Danny memang tak dapat dengar perkataan "anak" atau "nak" yang nenek ni sebut, dia memang nak menangis)

Nenek : Nakkkk.. (panggil Danny)
Danny : (Diam)
Nenek : Naakkk.. tolong nenek,bg bekal makanan ni pada Freddie. Dia pulang tak?
Danny : Die tak pulang nek, die suruh nenek bagi sy. Mcmana nak jumpa nenek?
Nenek : Bila lah die nak pulang ya? ->(Memang tak menjawab soalan langsung)
Nenek : Kalau die pulang, panas kan ye ..
Danny : Kenapa tak call aishah?
Nenek : Freddie tak ada... tak pulang.. tak pernah pulang.. tak kan pulang.. (Suara nenek ni sangat sayu,kedengaran sangat2 tua dan menahan tangis)

Nenek tu terus letak telefon. Bulu roma aku meremang, mcmana nenek ni boleh "ikut" ke mana Danny pergi, boleh call Danny senang2 mcm tu je? Nak kata kebetulan, seolah-olah mcm mustahil. Ataupun mungkin ni memang satu kebetulan?

Aku menangis lagi,aku tunduk kepala je waktu Danny translate nenek tu cakap ape. Sikit pun aku tak angkat muka, aku tunduk dan menangis. Aku rasa betul-betul tersentuh dengan ayat terakhir nenek tu cakap tadi ..

Freddie tak ada... tak pulang.. tak pernah pulang.. tak kan pulang..

Ayat tu terngiang-ngiang di telinga aku. Untuk pengetahuan korang, aku dah kematian ibu tersayang, bila aku dengar nenek ni merayu nak anak die pulang, aku teringat pada arwah mak aku. Rasa rindu tu terbit dalam hati, rasa sebak sangat dan kalau ikutkan hati, aku nak sangat bawa Freddie ni pulang pada nenek tu.

Mata aku basah waktu tu,menangis tanpa ada rasa segan lagi. Untuk beberapa minit, bila Danny senyap.. aku angkat muka, untuk tengok apsal pulak mamat nih diam jugak. Rupanya, Danny .. menangis sama.. bezanya,hanya airmata nya bergenang, bukan mcm aku yg dah teresak-esak. Danny teringat jugak pada arwah mak die. Waktu tu die bercerita pada aku, mcmana die kehilangan ibu die, dan aku berkongsi hal yang serupa. Kebetulan lagi, kami berdua sama-sama kehilangan ibu.

Kalau korang baca dialog nenek dan Danny di atas, mungkin korang tak rasa kesedihan tu. Tapi aku, yang dengar semuanya secara live, betapa sayunya suara tua tu, memang sedih sgt2.

Aku dengan Danny mula cari jalan, untuk kembali menyiasat apa sebenarnya yang berlaku. Kali ni, kami nekad untuk cari jawapan kepada semua persoalan ni. Siapa nenek tu.. Siapa Freddie.. masih hidupkah mereka atau kami cuma berhubung melalui alam fantasi saja?

Selepas 2 atau 3 bulan aku dan Danny tak hirau lagi nak cari nenek tua tu since Danny dah dpt kerja, kitorang kembali ke plan asal untuk sambung balik siasatan, semuanya gara-gara nenek tua tu dah tak lagi call restoren tempat aku kerja, tapi nenek tu call office Danny pulak. Kitorang memang dah agak ini mungkin satu misteri yang takkan terungkai, tapi kalau tak cuba, mana nak tau hasilnya kan? Pada mulanya, aku tak tau mana nak mulakan siasatan, aku kerja kat restoren, Danny pulak dalam bidang perhotelan, jauh bena dengan skill nak CSI ke apa, skill masak ade lah kot. Jadi, aku dengan Danny pun plan nak jumpa, untuk bincang tentang hal ni dengan mereka yang mungkin lebih arif. Aku ambik keputusan untuk bawa sekali account clerk kitorang, yang aku panggil Nisa. Dan Danny pulak bawa sepupu die, Ryan iaitu anak sulung kepada Mdm Wong tauke telur. Ryan ni peminat kisah mistik atau misteri & pernah involve dalam pencarian entiti paranormal waktu die kat Australia. Australia atau New Zealand,aku lupa pulak, tak sure.

BERSAMBUNG.........

**ADE ORG NAK BACA KE CITER YANG AKU COPY NI?HEHEHE**

3 comments:

aufanajwa said...

truskan la . . nk tau penghujungnye . .

B|itHeGaL said...

ade..ade.. aku nk bace...
folo kat cari... skali tetibe RP2 lak..
-______-"

r.i.n.a said...

aufanajwa : esok sy continue ehh...hehe arini bz sket tak sempat nak copy

Blithegal: tu la,dah rp2...nasib Cik_Es(pemilik citer) bagi permission copy kat blog ni.. =p

Post a Comment

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers