RSS

Misteri Panggilan Telefon - Part 6


Setelah menunggu beberapa saat,akhirnya Danny disambungkan dengan penyelia di situ, biarlah aku namakan penyelia tu sebagai Puan Nasha (kot2 korang nak imagine Nasha Aziz pun boleh gak.

"Hello,Nasha speaking"
"Hello Selamat Petang ye Puan,sy Danny"
"Ya Encik Danny,ada apa boleh sy bantu?Encik Danny buat panggilan dari mana ye?"
"Maaf ye puan, sy cuma orang perseorangan, sy ada hal peribadi yang perlukan bantuan Puan,mungkin Puan dapat bantu?"
"Ya? Teruskan..?"


Danny menceritakan sepenuhnya kepada Puan Nasha, tentang apa yang berlaku dan bagaimana dia boleh link dengan nenek tua tu, dengan Freddie yang dikatakan bekas pekerja di syarikat tu, semuanya Danny ceritakan dengan serba ringkas untuk memudahkan Puan Nasha faham akan tujuan baik dia,hanya sekadar ingin tahu dan membantu.

Pada mulanya Puan Nasha agak keberatan, sebab kisah tu dah berlalu agak lama, hampir 6 tahun yang lalu tapi mungkin atas dasar simpati, Puan Nasha akhirnya mendedahkan bahawa Freddie memang pernah bekerja di syarikat tersebut. Pada awalnya Freddie hanyalah menjalankan praktikal nya saja di situ selama 6 bulan,tapi oleh sebab prestasinya yang baik, jadi Puan Nasha terus ambik Freddie bekerja di situ.

Menurut Puan Nasha, Freddie seorang pekerja yang berdisiplin dan sepanjang dia bekerja di situ,tak pernah timbul apa2 masalah serius, setakat masalah disiplin sikit2 mcm datang lambat tu perkara biasa lah, cuma jarang berlaku. Puan Nasha sendiri mengaku bahawa Freddie ni ada potensi, tambahan pulak dorang memang tengah cari pengganti siapa yang boleh jadi In-Charge Trainee yang akan menggantikan salah seorang staff dorang yang dah nak berhenti. Tapi sayangnya, Freddie berhadapan dengan masalah misteri yang membuatkan nya berubah sikap menjadi seorang yang tak fokus pada kerja. Pernah terjadi bila Freddie ni nak outstation, untuk attend meeting bersama client dari luar negara, semua plan jadi sia-sia bila Freddie tak muncul pada waktu yang sepatutnya dia hadir untuk presentation. Sejak dari peristiwa tu, surat amaran tentang disilpin dia, dikeluarkan sebab sebelum tu bagi verbal warning je.

Yang bertambah misteri, pada hari yang sepatutnya dia hadir untuk presentation tu, dia sebenarnya berada di salah sebuah tanah perkuburan cina, lepak kat situ mcm orang tak siuman. Dengan baju kot, briefcase die, alat2 untuk presentation dia, dia bawak ke situ dan buat presentation di situ. Orang ramai yang tengok dia, kehairanan. Menurut Freddie, dia sedar perbuatan dia tu, tapi dia mcm tak dapat nak control diri dia. Dia ada ceritakan peristiwa tu pada Puan Nasha, tp Puan Nasha beranggapan mungkin Freddie ni sengaja cipta alasan, ye lah kan, anak-anak muda katakan, masih nak enjoy. Memang waktu tu Freddie masih muda, awal 20an mcm tu umur dia.

Danny bertanyakan tentang kenapa Freddie diberhentikan. Puan Nasha ada mention jugak pasal masalah disiplin Freddie dan perangai pelik2 Freddie yang susah nak dijangka. Keadaan itu berlarutan dan makin jadi teruk bila 2 orang staff perempuan (1 staff HR dan 1 lagi clerk biasa) resign dengan notis 24 jam gara-gara tak tahan dan takut dengan Freddie yang kadangkala mcm bukan dia, berubah suara seolah-olah ada sesuatu yang merasuk dia. Tapi, seringkali bila Freddie merepek tu, dia berbahasa Cina Hakka yang tak sorang pun dalam syarikat tu faham. Akhirnya Danny diberhentikan kerja untuk elakkan masalah lain pulak timbul. Tapi Freddie request untuk meletak jawatan secara sukarela, dia tak nak term "diberhentikan" tu digunapakai.

Puan Nasha pulak timbul rasa simpati dlm hati dia, bila dapat tahu yang girlfriend Freddie yang berada di luar negara sebab tgh sambung belajar, meninggal dunia selepas terjatuh dari escalator (jatuh dari atas sampai ke bawah dan cedera teruk kat kepala). Freddie ni memang dlm perancangan nak kawen, tapi girlfriend nya tu meninggal dunia hanya beberapa hari selepas Freddie berhenti kerja. Puan Nasha nak bantu dari segi sokongan moral, tapi Freddie mengasingkan diri dan tak pernah lagi muncul sejak peristiwa tu.

Danny ambik langkah terakhir,untuk minta nombor telefon Freddie dari Puan Nasha. Sebab Danny percaya nenek tu ada kaitan dengan Freddie, Danny nak bantu atau bertanya pada Freddie sendiri. Puan Nasha sekali lagi keberatan, tapi akhirnya dia bagi jugak dengan syarat, apa-apa pun usaha Danny nanti, tak melibatkan nama syarikat tu.

Bila aku dapat tahu tentang kisah Freddie yang kehilangan orang tersayang hanya selepas beberapa hari dia terpaksa berhenti kerja,aku rasa sedih, hati agak terguris. Mesti Freddie ni ada masalah dengan sesuatu yang menyebabkan dia jadi mcm tu, lebih-lebih lagi dia bersikap pelik, sebelum awek dia meninggal lagi, jadi bukan faktor dia sedih atau apa2. Mungkin kah nenek tu yang jadi punca Freddie berubah daripada seorang pekerja komited kepada bermasalah?

Aku ada bertanya pada Danny, sama ada dia dah cuba hubungi Freddie, Danny geleng kepala. Bila aku tanya kenapa tak contact lagi, dia jawab "Nak tunggu awk lah..". Owh,nak suruh aku cakap dengan freddie ke apa ni? Sangat tak sesuai okay,since awk tu Cina Hakka,awk la paling sesuai nak call Freddie pun ->ayat ni just ckp dalam hati jeee


"Sy cuba call dia skrg,awk ready?" Danny pandang aku,lama. Tak tau nape satu perasaan yg lain pulak wujud dlm hati aku, ok aku tau ni bukan board Cinta,jadi skip bab ni .. Danny on loudspeaker,nak bagi aku dengar sama. Masing-masing muka serious tak hengat

Danny pun dail lah nombor tu, jawapan yang diterima "The number that u've dial is currently not in service". Spontan aku dengan Danny ketawa sama, dah la standby bukan main lagi, last2 tak dapat dihubungi pulak. Gelak punya gelak, untuk kali kedua.. Nenek tua ketawa bersama-sama, dan aku spontan diam, tapi Danny masih lagi dengan tawanya. Bila Danny tengok aku diam, dia pun diam. "Why? U heard the same thing,mcm malam tu?" Aku mengangguk dengan hati yang berdebar sangat,jangan-jangan nenek tu duduk semeja dengan kitorang

"Mcm ni la Sha...sy rasa mungkin nenek ni,nak kita cari Freddie. Mungkin ada sesuatu,yg nak dia sampaikan?"
"Nak cari Freddie mcmana? Ada nombor phone je,tu pun tak dpt call"
"Mana tau cuma off phone ke? Currently not in service saja kan? Masih ada harapan lagi"
"Ok..mcm ni... sy send sms k, kalau delivered,kita call terus. Of coz ada delivery report kalau dia on phone kan?" cadangan aku.

Danny setuju. Aku send sms pada Freddie "Call me back. Urgent" itu je yg aku sms tapi sms Danny lebih dramatic

Sms Danny pada Freddie "Hello I'm Danny,i think u need my help. Heard about u from an old women that always call me and ask about u" - gigih gila sms mcm ni, tak pasal2 je kalau nenek tu yang baca. Haha.

Danny takde banyak sgt masa sebab dia perlu kembali ke pejabat. Danny hantar aku ke rumah dan pesan,kalau apa-apa jadi, tolong jangan panik. Aku cakap ok,aku cuba tapi aku tak berapa nak janji. Kalau dah panik tu, panik jugak kan.

Aku balik ke rumah dengan perasaan yang berdebar. Asyik check bila lah agaknya sms tu nak delivered,tp sebaik je jam dah melebihi pukul 9 mlm, aku beranggapan mungkin Freddie dah tak pakai pun nombor tu,jangan2 dah tuka nombor dah pun, ye lah dah berlalu hampir 6 tahun kan, kadang2 ada jenis orang memang suka bertukar nombor telefon. Aku je yang setia pakai nombor yang sama sejak aku ada handphone pertama waktu usia 17 tahun sampai lah sekarang ni.

Lepas tengok Buletin Utama, aku mandi. Lepas mandi je,aku terus lepak kat ruang tamu sambung tengok tv. Handphone pulak kat dlm bilik. Aku rasa dlm pukul 10 mcm tu kot, baru aku de tengok handphone, berderau darah aku bila tengok ada 3 missed call. Siapa pulak, Freddie ke? Aku tekan missed call tu, sah Freddie! Dan ada 1 sms dari Danny "Freddie call tak?".

Aku call Danny balik, sebab aku tak biasa & rasa sedikit takut nak call Freddie tengah2 malam mcm ni.

"Hello? Danny..?"

Atas sebab rasa takut yang amat sangat, eh tak lah amat sangat, takut tahap biasa2 je ,aku pun cuba hubungi Danny.

"Hello? Danny?"
"Assalamualaikum" Danny beri salam, perli lah tu.
"Ok,Waalaikumsalam. Awk ada call Freddie,dia cakap ape eh?Ada info?"
"Freddie ada call awak tak?" Ok,aku memang paling benci soalan dijawab dengan soalan. Dah la memang tak dapat sabar dah,kau tanya aku balik pulak.

Menurut Danny, Freedie memang ada call back beberapa minit selepas sms yang kitorang hantar pada Freddie, delivered.
Danny cakap, kalau nak explain menerusi phone,agak rumit. Jadi,Danny ajak Freddie untuk jumpa,kalau Freddie tak keberatan. Freddie agak tertanya-tanya,atas alasan apa nak jumpa, Danny ada bagitau sikit-sikit, tentang nenek tu. Freddie terdiam, dia tak bertanya banyak, dia bersetuju. Danny beranggapan, mungkin Freddie dah dapat agak, apa sebenarnya yang bakal kitorang dedahkan pada dia, mungkin bersangkut paut dengan pengalaman Freddie sendiri jugak.

Lepas dapatkan confirmation daripada aku, aku inform pada Danny aku free waktu malam je, aku pasti Danny atau Freddie, keduanya pun sama sebab dorang pun office hour,aku pulak dah tutup restoren selepas 8 malam (kalau takde function), jadi elok je kalau nak appointment waktu malam, ye malam keesokan harinya, lagi cepat lagi bagus, lagi cepat selesai masalah dan terungkai segala misteri.

Tibanya malam seperti yang dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Bukan sebab aku takde transport, tapi dah dia offer 1 kereta kan,aku setuju je. Memandangkan sejak kebelakangan ni, sifat penakut tu semakin menjadi-jadi dalam diri aku. Sebelum ni, tak pernah pulak penakut sangat macam ni. Kebetulan pulak, malam tu Danny pakai tshirt putih, aku pun begitu. Aku pandang seluar dia, seluar jeans biru. Bila aku pandang seluar aku, okay sama jeans biru. Ni drama spektra episod mana pulak nih, boleh tersama pulak baju.

"Awak tadi,pakai baju warna lain kan sebenarnya?" Danny serkap jarang, banyak cantik lah muka kau.
"Alah, kebetulan ok! Kalau awk nak sy tukar baju warna lain,boleh jeee.."
"Eleh,kebetulan lah sangat .. Awak nampak sy pakai baju putih,awak pun tukar.. Patutlah lama bersiap" Danny dah mula gelak.
Aku tak gelak langsung, bukan apa, aku takut kang ada pulak watak yang lagi satu tu, gelak sama.

"Lama apa pulak...awk yang ambik sy awal 20 minit,sy belum bersiap lg" best gak ah,kau nak sangat debat kan.
"Awak bersiap cantik2 ni apsal,nak try Freddie lah tu"
"Hei cakap elok sikit ok. Selipar sy ni ok je belum pernah tampar org,kot awk nak merasa jd orang pertama ke"
Danny ketawa lagi,dan untuk kali kedua, aku masih tak nak ketawa sama. Mata aku asyik menjeling ke belakang, mana la tau ada nenek berkebaya duduk kat seat belakang

Danny terus drive ke sebuah restoren, tempat yang akan menyaksikan pertemuan pertama kali kami bersama Freddie. Restoren ni agak sunyi, tak berapa ada orang sangat. Mungkin atas sebab tengah bulan kot, tambahan pulak waktu tu hujan renyai-renyai,mungkin orang pun prefer duduk rumah je. Aku leka dengan bahagian dalaman restoren tu yang dihias dengan rotan, nampak kreatif. Dekat setiap meja, ada pulak lilin comel yang dihias cantik dengan bunga straw. Aku agak tersentak bila terpandang bunga straw tu, sebijik mcm yang nenek tua bagi dalam mimpi aku. Ya Allah, apa erti semua ni, kebetulan atau..?

Danny mencuit bahu aku, dan mengarahkan aku ikut dia ke satu sudut. Rupanya Freddie dah call Danny, cakap dia sah sampai, dan kebetulan pula, Freddie pun sama pakai baju putih, tapi seluar dia coklat muda ok. Hihi, aku tergelak sendiri, rasa lawak pulak, mcm tengah berlakon filem.

Mula la fikiran aku melayang jauh.

Freddie.. bukan seperti yang aku bayangkan sebelum ni. Seorang lelaki kurus, tak terurus dan nampak serabai kerana masalahnya yang dia hadapi - sangkaan aku meleset bila Freddie yang sebenarnya, adalah seorang lelaki yang nampak kemas dan... tak nampak ada masalah pun? Nampak raut wajahnya tenang je? Ok, aku tau aku tak sepatutnya judge Freddie begitu, tapi bila melihat wajahnya untuk pertama kali, aku tak rasa dia ada masalah yang besar atau tekanan perasaan dan sebagainya.

Aku tak nak bercerita panjang tentang bagaimana aku dan Danny menceritakan satu per satu, tentang pelbagai peristiwa yang kami hadapi sejak beberapa bulan, termasuk aku yang dah setahun lebih terganggu dengan panggilan nenek tua, sehingga mendesak aku untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya kami ceritakan satu persatu pada Freddie,tanpa ada satu pun fakta yang tertinggal. Sebab aku merasakan, Freddie berhak untuk tau, dan aku tau, Freddie jauh lebih tahu, apa puncanya semua kejadian ni berlaku.

Freddie agak berat untuk berkata-kata, pada waktu tu, aku dapat lihat matanya mula berkaca, airmata nya bergenang tanpa dapat dibendung lagi. Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air mata nya di hadapan seorang wanita seperti aku. Eh tak nak guna perkataan wanita lah,mcm dah tua sangat, replace dengan perkataan gadis ok
Aku dan Danny berpandangan, sehelai tisu aku hulurkan pada Freddie, aku tahu betapa segannya Freddie untuk menumpahkan air mata nya di hadapan seorang gadis seperti aku.

Suasana sepi seketika, aku kehilangan kata-kata. Aku tak tau apa yang harus aku buat. Tapi, atas dasar simpati, aku bagitau Freddie, kalau dia nak menangis, menangis lah. Mungkin airmata tu akan dapat melegakan hatinya, tak salah untuk kita menangis, walau bergelar seorang lelaki sekalipun, itu tandanya kita bukan manusia yang ego. Sebaik saja aku cakap macam tu, Freddie menangis teresak-esak, satu situasi yang cukup pilu. Pipi aku terasa basah, tanpa disedari, aku menangis sama walaupun aku tak tahu, apa sebabnya.

Misteri mula terungkai apabila Freddie .. "Saya lah Freddie tu,sy akui sy banyak buat silap tapi sy tak bermaksud nak kecewakan sesiapa.."

Kisah Freddie bermula ..


BERSAMBUNG....

dah bace ni leh tak tolong saya jap?hehehe...

1st step, like this fanpage:
prettypeektures

2nd step, like my picture:
rina

& lagi 1 contest:

1st step,like fanpage ni:
Pameran-Pengantin-Malaysia-by-Urban-Vibe-Event

2nd step,like my picture:
rina


tq so much kwn2 semua!!!!

1 comments:

aufanajwa said...

truskan untuk part 7 . .

Post a Comment

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers