RSS

Misteri Panggilan Telefon - Part 11 (AKHIR)


Masing-masing ada teori yang pelbagai. Freddie tetap dengan pendirian dia, dia percaya, nenek Kenny sekarang adalah nenek dia,yang hidup di dalam tubuh nenek Kenny. Freddie nekad nak berhubung sendiri dengan ayah Kenny untuk bincang hal ni dengan lebih serius, ternyata nenek Kenny tu bukan nyanyuk seperti yang disangka,sebaliknya roh nenek Freddie yang menetap dalam tubuh itu. Ini yang Freddie percaya.
Lepas beberapa hari,aku dapat tau Freddie masih gagal dapatkan kebenaran daripada ayah Kenny,untuk berjumpa dengan nenek tu. Dengan alasan, ayah Kenny tak suka kehadiran orang luar,dia tak percaya dengan apa alasan sekalipun. Protect sungguh ni.

Dipendekkan cerita, pada satu hari ni, nenek Kenny jatuh sakit. Terbaring lemah atas katil dan asyik sebut nak jumpa Freddie sebelum dia 'pergi'. Kenny berusaha pujuk ayah dia, bagilah peluang pada Freddie untuk tunjukkan keikhlasan dia,lagipun Freddie kelihatan seperti orang baik2 je. Kenny sanggup tanggung semuanya kalau ada perkara buruk berlaku pada nenek dia. Ayah Kenny pun bengang gila lah, ye la, si Kenny tu masih muda lagi,tapi pandai-pandai pulak nak ajar ayahnya itu dan ini, hingga lah pada 1 hari tu,diorang bertengkar sehingga Kenny keluar dari rumah,sebab Kenny berkecil hati dengan kata-kata ayah dia. Aku tak sure pulak ayah dia dah cakap apa kat dia, yang pasti, Kenny merajuk la gitu, biasa lah hati muda kan.. asal terasa je dengan parents, mula la lari dari rumah.

Since Kenny dah tak balik ke rumah, ayah dia pun sama tak contact dah. Kenny ni tinggal umah member,entah kat mana ntah,aku tak sure tapi apa yang pasti,Kenny ni sebenarnya tunggu ayah dia call,pujuk lah konon,tapi nan hadoooo... Hahaha.. Kenny ni anak manja jugak sebenarnya,sebab tu bila Kenny dah mula pandai lawan cakap dengan ayah dia, ayah dia beranggapan kitorang ni la yang hasut dia jadik mcm tu. Dekat sebulan lebih jugak la Kenny tinggal kat umah member dia & waktu tu dia kerja part time kat kedai fotostat,sementara tunggu ayah dia pujuk la kengkonon,ape da... Aku geli hati jugak sebab Kenny sms aku,asyik ngadu pasal ayah dia tak pujuk pon,woah.. Haha.. aku gelak sakan la sebab kantoi masa tu dia memang anak manja pun,obvious ok!

Sebulan lebih mcm tu, ayah Kenny tiba2 call. Kenny jawab la jugak, ye lah kan duk tertunggu org pujuk, takkan lah orang dah call,wat dek je kan.. sepantas kilat je jawab fon dengan harapan ayah dia akan cakap "Kenny,ayah mtk maaf..pulang la ke rumah ya".. Tapi sebaliknya pulak berlaku bila ayah Kenny call Kenny hanya semata-mata nak suruh Kenny bawa Freddie,aku dan Danny ke rumah,ada hal penting. Dalam perjalanan nak ke rumah Kenny tu, kitorang gelak sakan lah jugak sebab dengar cerita Kenny yang mengaku tunggu dirinya dipujuk,haha.


Setibanya kami ke rumah Kenny, ayah Kenny dah tunggu dah dengan keadaan yang tak berapa terurus dan kelihatan mcm tak cukup tido. Perasaan kesian terbit pulak dalam hati aku, sebab bagi aku, Kenny tak sepatutnya lari dari rumah dengan keadaan ayah dia yang tengah risau jaga nenek tu sakit. Kenny teragak-agak nak masuk, dia nak tunggu dalam kereta je,tapi aku yang paksa dia turun gak.

"Buang eh sikit ego tu,ayah awk dah tua..bincang la elok2. Mungkin dia panggil kita ni,nak bincang. Hati awk jangan lah keras sangat ok" sempat lagi aku advice dia,dengan nada serius, kang dia tak amik serius pulak sebab aku dengan Kenny selalu cakap main2 je,tak pernah nak serius bagai. Tapi mujurlah hari tu, Kenny mendengar kata. Bila dia salam ayah dia, ayah dia terus pelok, memang tak dijangka. Sebak,sbab aku tau ayah dia marah dia sebelum ni sebab dia sayang.

Ayah Kenny tak cakap apa2 lagi pada kitorang waktu tu, cuma dia bagi isyarat suruh masuk. Kenny pun masuk diikuti dengan kami bertiga yang lain. Kami semua duduk di bahagian ruang tamu.

Ayah Kenny kelihatan berat nak memulakan bicara,mungkin sebab sebelum ni dia jugaklah yang pernah melarang kami jejak lagi ke rumah dia,tapi sekarang... Ayah Kenny mula bercerita tentang masalah yang dia hadapi. Rupa-rupanya nenek Kenny masih lagi belum kebah dari sakit, siang malam asyik meracau benda yang bukan-bukan, dan nama Freddie lah yang paling kerap disebut. Sejak akhir-akhir ni,keadaan makin serius bila nenek Kenny dah mula mengugut untuk bunuh diri selagi tak dapat jumpa Freddie. Pernah satu ketika dulu, nenek Kenny ada cubaan untuk bunuh diri, minum nail polish,cecair yang selalu orang pompuan pakai untuk kilatkan kuku. Tapi disebabkan kuantiti tu sikit je,tak beri kesan besar cuma muntah dan sakit perut je. Sejak dari hari tu, ayah Kenny sangat berhati-hati,tak nak cuai sikitpun sebab risau kalau2 orang tua tu cari cara lain pulak nak bunuh diri.

Atas sebab tak tahan dengan desakan, akhirnya ayah Kenny bersetuju untuk bawa Freddie jumpa nenek tu,pada waktu tu jugak,tak nak tangguh2. Ayah Kenny mintak bantuan Kenny untuk tolong siapkan nenek dia apa yang patut dulu,sebelum Freddie dibawa masuk ke dalam. Waktu tu perasaan aku berdebar-debar,aku nervous sangat fikir apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku.

Akhirnya saat yang Freddie tunggu selama ni,tertunai jugak. Aku dan Danny turut sama berada di bilik tu.

Waktu Freddie melangkah masuk, nenek tu bukan mengadap dia,tapi mengadap ke arah sebelah tingkap yang lagi satu. Nenek tu termenung jauh di situ,sikitpun tak hirau kitorang yang dah masuk ke bilik dia.

Kenny cuba cakap dengan neneknya (dalam bahasa Hakka yg aku translate balik,mengikut cerita Danny yang cerita balik apa dorang cakap,aku sorang je tak faham Hakka di situ,bosan)

"Nek...Kawan2 Kenny datang nak jenguk nenek" nenek tiada respon.
"Nek,cari Freddie kan? Tu Freddie nek...dia dah dtg" kata Kenny. Punnn...takde respon.

"Nenek.." Freddie memanggil,ada getaran pada suaranya,seolah-olah menahan tangis.
Spontan,nenek menoleh perlahan. Terus bangun dari kerusi rodanya, berusaha nak berdiri tapi tak berapa nak mampu.
Bila melihat keadaan nenek yang dah uzur, Freddie terus pergi dekat pada nenek tu. Freddie pegang bahu nenek tu, bagi isyarat suruh duduk je,tak perlu berdiri.

Nenek ni terus rentap tangan Freddie,lama dia tenung Freddie. Lama kelamaan, airmata nenek mula mengalir,bibir dia bergerak-gerak mcm nak cakap,tp oleh kerana dia terlalu sebak,suara tu tak keluar.

Freddie peluk nenek. Nenek pun sama,balas pelukan nenek. Tangisan nenek yang cukup pilu,aku menangis sama. Rasa sebak sangat. Freddie dan nenek tu tiada hubungan langsung tapi,seolah-olah mereka kenal antara satu sama lain.

"Freddie... Freddie.. Freddie..." ulang nenek tu berulang kali sambil tangan kirinya memeluk pinggang Freddie, wajah Freddie dibeleknya puas2.

"Kenapa lama kau tak pulang .. Nenek rindu. Kau kerja ni tak boleh balik rumah ke sekejap2 jumpa nenek? Kenapa buat nenek mcm ni? Dah makan ke?" Soalan nenek yang bertalu-talu,Freddie bertambah sebak.

"Nek, ini Freddie.." kata Freddie dalam tangis.
"Nenek tau...ini Freddie cucu nenek..kenapa lama sgt tinggalkan nenek"
"Nek,Freddie mtk ampun. Freddie banyak dosa menipu nenek,sampai nenek begitu setia tunggu sy pulang."
"Nenek tetap tunggu kamu Freddie,nenek tak pernah lupa."

Aku bingung,aku tak percaya kejadian seumpama ini boleh berlaku,di depan mata aku sendiri.
Di saat tu,aku harap semua ni hanyalah mimpi sebab hakikat ni,terlalu sukar untuk aku terima. Ini semua mustahil kalau difkir dari logik akal. Aku dan Danny berpandangan sama sendiri,aku menggeleng kepala,tanda tak percaya. Mustahil.

Freddie terus bercerita dengan neneknya.

"Nek .. sy dah berkahwin nek. Sy dah ada anak sorang,isteri sy tgh pregnant lagi,anak kedua. Sy dah sembuh dari luka lama sy nek,sy dah buang Joana dari kenangan hidup sy. Sy dah mulakan hidup baru,nenek tak suka?" kata Freddie.

"Nenek suka,apa yang buat kamu gembira,nenek suka" nenek senyum walaupun airmata nya masih lagi membasahi pipi.

"Nenek,dengar sini..Nenek mesti pulang ke tempat asal nenek,nenek bukan hidup di tmpt ini." Freddie beremosi seketika.

"Nek..sy tahu nenek takut sy tak dpt terima kenyataan nenek pergi,sy terima nek. Kalau ini lah yg Tuhan takdirkan buat sy,sy terima nek. Sy tahu nenek berat nak pergi,nenek risaukan sy.Nenek pulanglah,sy izinkan.. sy janji,sy redha nek.." nenek masih merenung mata Freddie.

"Nenek,sy anggap nenek mcm mama.Tmpt sy bergantung.Bila nenek tak ada,sy seperti hilang pegangan. Percaya lah nek,walaupun nenek pergi,sy janji sy jaga diri sy..sy janji sy makan ikut waktu..sy janji sy tak sepahkan tuala basah atas lantai dan tak buang rokok dalam tandas,nenek tak suka semua tu kan?" nenek ketawa.

"Nenek..pulang ya?" Freddie kedengaran semakin sayu.

"Pulang ya?" ulang Freddie. Nenek langsung tak menjawab,kecuali menarik Freddie ke dalam pelukannya dan mencium pipinya bertalu-talu. Nenek mengadu matanya amat mengantuk,dan nenek tertidur di dalam pelukan Freddie.

Untuk pengetahuan semua, selepas kejadian itu, nenek Kenny kembali normal seperti biasa dan tak lagi nyanyuk. Nenek tu dah mula kembali seperti dirinya yang asal,bukan lagi berpewatakan seperti nenek Freddie. Freddie percaya bahawa roh neneknya pergi dengan keadaan tidak tenang,dan kini telah pun pulang ke "dunia" asalnya.

Sehingga kini,kesemua watak di dalam cerita ni,masih hidup. Termasuk nenek Kenny yang kini yang masih lagi sihat dan kadangkala mengikuti kelas tarian tai-chi untuk warga emas. Nenek Kenny sedikitpun tak mengenali Freddie lagi,setelah disuruh "pulang" oleh Freddie. Malah nenek tu tak ingat pun dengan Freddie, seolah-olah mereka langsung tak pernah berjumpa sebelumnya,

Sampailah sekarang, aku masih tak tahu apa sebenarnya berlaku,aku alaminya sendiri dan pelbagai peristiwa berlaku di hadapan mata sendiri. Jika ada yang bertanya bagaimana ini berlaku,aku tiada jawapan yang boleh diberikan yang sesuai dengan logik akal. Ianya kekal misteri hingga ke hari ini.

Aku tak nafikan, aku masih lagi menunggu panggilan telefon dari nenek ni,bukan kerana aku tak redha dia pergi, tapi hanya kerana aku rindu.

Ya,aku rindu.

TAMAT.


SAPE SUKE CITE NI? SAPE NAK KENAL NGAN PENULIS NYE?? HIHI ... NI FB DIE >>> CIK ES
sape nak copy citer ni, sile mintak izin penulisnye dulu yerk...tq :)

0 comments:

Post a Comment

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers