RSS

Misteri Panggilan Telefon - Part 1

Citer ni aku copy dari forum cari. sudah dapat permission dari tuan punye citer. hehe.. best tau citer ni.. sampai tak sabar2 aku menunggu sambungannye.. kat bawah ni pesanan dari penulis:

Assalamualaikum / Salam Sejahtera ..
Sebelum sy bawa anda ke pengalaman misteri ini, sy ingin sekali membuat pengumuman bahawa sy (dengan nama pena Cik Es) mengakui bahawa keseluruhan cerita ini adalah asli, berdasarkan pengalaman sebenar yg sy alami sendiri. Jalan cerita telah diolah dalam bentuk penceritaan ala-ala novel, menggunakan bahasa santai bagi membawa anda "mengembara" ke pengalaman ini. Atas nasihat beberapa individu, untuk kebaikan bersama, maka sy sebagai pemilik sebenar/idea asal cerita ini, sama sekali tidak membenarkan cerita ini diolah semula untuk tujuan keuntungan, tidak kira sama ada diolah semula dari segi jalan cerita atau mengambil plot asal cerita ini, untuk mana-mana tujuan komersial tanpa pengetahuan dan keizinan sy.
Sy hanya membenarkan cerita ini "di copy paste", dikongsi di email atau mana-mana ruangan forum lain,atau mana-mana medium, dengan syarat meletakkan kredit asal pada link thread ini. Hanya ada dua syarat - bukan dengan tujuan keuntungan dan kredit pada link asal. Terima kasih atas sokongan semua yang menjadikan thread ni di antara yang menjadi pilihan utama pelawat Cari Forum. Sy pada asalnya tidak pernah menjangka akan sambutan ni.
Utk pengetahuAn semua, sy bukan seorang penulis profesional. Sy hanya seorang gadis biasa yang bekerja di salah sebuah restoren yang menjadikan dunia penulisan sebagai minat utama sy. Moga cerita ini,akan jadi iktibar. Semua yang baik datangnya dari Allah Taala,yang buruk itu datang dari sy sendiri. Salam..

Ikhlas - Cik Es



Kisah ni bermula hampir 3 tahun yang lepas. Aku bekerja di salah sebuah restoren,sebagai supervisor. Restaurant ni agak baru, pertama kali membuka cawangannya di tempat aku, jadi aku dah bekerja di situ sejak restoren ni masih belum buka lagi. Aku dengan seorang lagi partner bertungkus-lumus lah dengan renovation, cari staff, training staff dan sebagainya. Dipendekkan cerita, beberapa hari sebelum restoren tu dibuka secara rasmi, bos aku cakap dia dah tolong call Telekom untuk pasang telefon sekali dengan wifi semua. So aku pun stay je lah kat restoren tu, partner yang lagi sorang tu keluar sebab nak cari pisau pemotong roti, dia suruh aku duduk je dekat restoren yang dah 80% siap tu untuk tunggu budak Telekom datang.

Sebelah petang mcm tu, datang la budak2 Telekom ni,pasang wayar,pasang telefon,pasang modem untuk internet dan sebagainya apa yang patut lah. Sebaik je dorang habis siapkan, dorang pun blah. Tak sampai setengah jam selepas dorang blah, telefon tu tiba2 je berbunyi, aku pun rasa pelik la sebab setahu aku, telefon baru pasang, orang pun tak tau lagi berapa nombor telefon kitorang, so aku wonder jugak lah sape pulak yang call. Aku malas nak fikir panjang, aku angkat je lah.

"Hello"
"Ya...ya... hallloooo..hallooo... " itu je aku faham sebab perempuan tu cakap cina pulak.
"Sorry madam,i dont speak chinese. U cari siapa?" aku tanya lah jugak walaupun aku memang dah confirm dia salah nombor.
"Halloo....bla bla bla" masih lagi perempuan tu cakap cina, kalau dengar dari suara dia,aku dapat agak perempuan ni memang dah tua sangat, mcm nenek tua nyanyuk bercakap.

Berkali-kali aku cakap aku tak reti cakap cina,tapi masih lagi nenek tua tu cakap-cakap. Disebabkan aku bengang dah malas nak layan, so aku terus letak telefon dan aku tunggu lagi,kot2 nenek tu call balik, tapi takde. Lega.

Partner aku yang sorang tu lagi pun sampai,lepas dia beli pisau pemotong roti. Jadi aku inform lah kat die, Telekom dah pasang dah line telefon dan internet sekali, aku bagi lah berapa nombor telefon restoren tu. Aku pun save jugak lah nombor tu dalam aku punya handphone, sebab keesokkan harinya aku plan nak pegi kedai yang buat namecard, nak masukkan nombor telefon restaurant sekali, sekali dengan nombor fax kitorang.

Keesokkan harinya, aku pun singgah lah kedai buat namecard. Diorang cakap diorang boleh siapkan after lunch jadi aku pun setuju lah, then diorang suruh aku isi satu form tentang maklumat yang nak tulis dalam namecard,warna,gambar apa dan sebagainya. Waktu aku nak isi bahagian nombor telefon tu, aku jadi tak pasti pulak berapa sebenarnya nombor telefon restoren tu. Untuk pengetahuan semua, hari sebelum nya tu, aku cuma buat missed call je dari telefon restoren ke handphone aku, ingatkan senang la nak save terus takyah tekan nombor, tapi aku boleh lupa plak nak save.

Kebetulan pulak dekat bahagian missed call tu, ada pulak beberapa nombor supplier lain, jadi aku pun confuse ar,mana satu pulak nombor restoren kitorang ni, kang salah tulis kat namecard,susah pulak. Aku call lah partner yang lagi sorang, aku kita gelar dia Mr L je lah k, aku call Mr L ni kira nak tanya berapa nombor. Tapi call punya call, tak angkat pulak. Aku agak2 lah mungkin die tak dengar sebab restoren tu tengah renovation,jadi agak bising. Aku pun call je lah nombor yang ada kat bahagian missed call,nombor yang aku rasa nombor restoren kitorang,kalau betul,confirm partner aku angkat punya la.

Percubaan pertama,salah. Aku call nombor supplier udang pulak,haha. Percubaan kedua ni lah yang mula menimbulkan misteri.

Mula2 tu takde orang angkat,aku mula cakap dalam hati, hahhh ni confirm lah nombor restoren kitorang nih, sebab telefon tu kat bahagian dalam,kalau orang nak angkat,ambik masa pulak sebab barang bersepah, ko nak masuk ke dalam tu lagi satu hal. Waktu aku tengah tunggu tu, aku dah nak letak fon dah pun sebab dah 2 kali call takde sapa angkat, baruuuu je nak letak, tiba2 ada orang angkat. Aku pun confident la ingatkan partner aku, rupa-rupanya ....

"Hallloooo...ya.... halllooo..."

Meremang bulu roma aku tiba-tiba waktu tu, sebab suara orang yang angkat telefon tu, adalah orang yang sama call restoren semalam, ala yang nenek tua tu. Aku tak cakap apa-apa, terus letak fon sebab bingung, kenapa plak aku call nombor restoren,tapi nenek tua tu yang angkat? Mcmana dia boleh ada kat situ? Ke aku salah nombor?

Atas rasa ingin tahu yang membuak sangat, aku call handphone aku punya partner tu, nasib baiklah dia angkat. Dia bgtau lah memang ada dengar telefon restoren tu bunyik tadi 2 kali, kali kedua dia nak angkat tapi tak sempat. Aku suruh la dia missed call aku guna nombor restoren,konon nak senang save. Padahal aku sebenarnya nak make sure, adakah nombor yang aku call tadi, betul2 nombor restoren atau sebaliknya. Kot2 aku terdail rumah orang tua ke apa.

Partner aku pun missed call, SAH memang nombor yang sama. Aku dah mula rasa pelik, perkara ni mengganggu aku sampai ke malam.

Bila balik dari keje (restoren tempat aku keje ni,tak bukak malam - operation hour 7am to 7pm sahaja), aku pun lepak la dalam bilik lepas makan malam. Disebabkan masih terganggu dengan apa yang berlaku petang tadi tu, aku ambik keputusan untuk tak fikir panjang, mungkin handphone aku ke yang silap, aku salah tekan nombor ke apa. Padahal nak sedapkan hati sendiri je lah.

Keesokan harinya (3 hari sebelum restoren buka secara rasmi),aku pergi kerja la macam biasa. Jaga budak2 yang wat renovation tu, test product bla bla bla, then waktu supplier datang, dia bagi lah invoice nak suruh chop and sign. Chop company pulak dalam opis, aku ni tiba-tiba rasa takut pulak nak masuk bahagian opis disebabkan aku teringat pasal telefon tu. Untuk pengetahuan korang, opis kitorang ni dalam restoren, kiranya kalau kau masuk ke dalam restoren, ada satu lagi bilik kecik untuk opis la,share dengan bahagian account. Nak tak nak je aku pegi amik chop tu dengan harapan jangan lah nenek tu call pulak waktu2 mcm ni. Ngam2 pulak waktu aku nak ambik chop tu, telefon tu berbunyik, eh dalam hati aku dah menyumpah dah ni, terkejut siot.

Aku angkat je lah tapi kali ni official sikit sebut nama company. Sorry ya tak dpt nak reveal nama company kat sini so lebih kurang aku jawab mcm ni lah.

"Morning, restoren ABC, Aishah speaking" (Nama aku aishah ok
)

"Halllaaaoooo.....halllaooooo"

Ya ampun berderau darah aku siot. Nenek tua tu call lagi lah. Aku pun terus letak,tak cakap apa2 dan nenek tu tak call balik. Setiap kali dia call, mesti dia akan sebut "Hello" tu dengan nada yang panjang dan seram (tak tau mcm mana nak terangkan),sebab tu la aku seram nak angkat, dah la dia cakap ape pun sepatah haram aku tak faham.

Dipendekkan cerita,beberapa hari kemudian, restoren kitorang pun bukak la secara rasminya. Disebabkan kesibukan bekerja, aku hampir lupa pasal kejadian tu sehingga lah account clerk aku mengadu pasal hal yang sama, diganggu dengan panggilan misteri nenek tua tu, semakin kerap dia call. Kadang2 ada sampai satu tahap tu, nenek tu akan call dalam setengah jam sekali lepas tu cakap cina, bla bla bla, tak faham apa yg dia nak sebenarnya.

Bila dah terlalu kerap terima panggilan tu, account clerk tu pun dah biasa. Dia yang paling selalu jawab fon sebab memang sentiasa duk lam ofis, aku ni lain lah sebab selalu duk jaga operation restoren kat luar. Waktu hujung bulan je aku banyak lepak kat ofis buat monthly report and paperwork segala & terpaksa bertahan dengan panggilan nenek ni. Kalau nak ignore,memang tak boleh sebab kitorang cuma ada 1 talian & selalu customer call utk reserve table/order.

Nak dijadikan cerita,ada lah satu hari tu, bos aku ada ambik staff baru. Berbangsa Bidayuh tapi pandai cakap cina. Kebetulan pulak lah nenek ni call, waktu tu staff baru ni ada dlm office sebab mintak panadol. Aku dengar staff tu pandai cakap cina sebab dah beberapa org customer cina dia serve,lancar je cakap cina. Aku pun plan lah dengan dia, tolong cakap dengan nenek ni, tanya apa dia nak..dia dari mana...

Aku pass je fon tu kat staff ni untuk cakap dengan nenek ni, staff tu pun start la tanya. Tiba2 staff ni kerut2 dahi. Geleng-geleng kepala pulak, aku dah nervous, si account clerk yang penakut tu apatah lagi, smpai nganga2 mulut dia tu ha.

"Kak .... sy rasa nenek ni cakap hokkien kak, bukan mandarin... sy mana reti sangat. Sy reti cakap mandarin je"

Aisehhhhh spoil lah pulak. Kecewa pulak rasanya sebab aku betul2 nak tau nenek tu nak apa sebenarnya.

BERSAMBUNG.............


Fast and Furious 5 - Sangat best!!!!




Ni bukan nak review filem tau , (reti la sangat nak komen2 kritik2 kan). Cume nak suggest sape yang belom tengok tu or takde idea nak tengok citer ape, sila tengok cite ni. tak kire, mesti pegi! sangat best ok...hahaha.. asal la beria sangat ni.. taktau nak cakap ape lagi,yang penting best, banyak part lawak & mencemaskan. juge ade hot chicks & hot guys.. heheh.. ^_^'

Yang penting, jangan tinggalkan tempat duduk anda selagi tulisan belum habis.. Ade sesuatu pade ending citer ni.. kalau nak tau,pegi la tengok,nanti tak surprise lak.hehe. kalau mat bangla dah beam2 lampu suruh korang keluar pun,wat bodo jek tau.. kui kui kui..


Sinopsis ringkas:
Selepas diburu kerana membebaskan banduan Dominic Toretto(Vin Diesel),Brian O'Conner( Paul Walker) dan Mia (Jordana Brewster) menjadi buruan polis. Mereka kemudian melarikan diri ke Rio, Brazil. Di sana mereka bersepakat untuk membuat rompakan ke atas pengedar dadah terkenal(Reyes) di sana sebelum bertaubat.

Dalam masa yang sama mereka diburu oleh polis Hobbs(The Rock). Untuk menjayakan rompakann mereka, mereka telah mencari mereka yang pakar untuk membantu mereka. Adakah rompakan mereka akan berhasil? (mestila bhasil kan??? haha)


lawak tau dorg ni sume..ee mcm nak tgk lagi!!


*hati sedikit terubat akibat harga tiket rm14 pada hari rabu*
*dan terubat lagi apabila pkwe blnje eskim baskinrobbin,pinkday!!*



TGV cekik darah~

Ari ni ari rabu.......

So decide la nak pegi tengok wayang since macam dah lame je haku tak pegi tgk wayang. slalu hari rabu murah kan? rm6-rm9 depends pada co wayang yg ko pegi. oleh kerana TGV adelah cinema yg paling dekat & senang nak pegi, so no choice la kan. nak g jejauh tak ckup mase+penat kot keje di siang hari.

Tiket cite FAST FURIOUS 5 pade hari rabu adelah RM14.. sangat cekik darah ok.. memula dulu naikkan harga tiket dari rm10-rm12-rm14.. ni ari rabu kasik la can kat bebudak berkira macam aku ni.. pempuan kat kaunter cakap ni cite blockbuster (jgn blockbusted suda) so  harga dia memang rm14 no matter hari ape.. kesimpulannye TGV MAKIN HARI MAKIN CEKIK DARAH MAHAL CHOI MAK HAYAM!!! dahla nak book online dah tak boleh. nak book kene bayar skali. aku takde kredit kad. sekian.

Ok tu jek nak cakap. entry emo berakhir di sini.
-.-

Kanak-kanak umur 2 tahun ke bawah tak boleh tengok TV?

Semalam ade terbaca kat fanpage Wardina, dia cakap ade kajian menunjukkan tak bagus untuk budak2 bawah 2 tahun tengok tv.. erkkk biar betik? before ni ramai yang ingat tengok tv tu bagus untuk tumbesaran otak bebudak kan? kununnye otak baby tu akan berkembang bila tengok kaler, benda gerak2 dsb... =p
Dalam kepala cume jangan tengok tv dekat-dekat, nanti mata kero rabun. kan kan? hehe..


klik untuk tumbesaran gambar.haha


 Ni aku copy sket dari website healthfiles.net :

"Do not let children watch TV before they reach the age of two years. Therefore, it can damage the development of language and their ability to concentrate.

This is a recommendation of the Australian Government and will be released next week. The recommendation also states that children aged between two and five years should not watch television for more than an hour each day.
The recommendation was aimed at child care centers and also advice for parents. The draft obtained by The Australian recommendation is intended to curb the spread of the epidemic of obesity is increasingly prevalent among Australian children.
“Based on the latest research, it is recommended children under two years to not spend time watching television or using electronic media (DVDs, computers, and electronic games),” writes a copy of the draft recommendation, which was quoted by The Australian."


Tapi kan, ramai jugak yang pandai/bijak walaupun parents dorg kasik tengok tv masa kecik.. hehe.. Nilaikan sendiri la ye, nak bagi tengok tv boleh, tapi kurangkan waktu or terhadkan benda yang di tengok tu ..

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers