RSS

Idea / Resepi sarapan untuk anak 1 tahun ke atas


Update kat sini siap2. yela nanti senang time adik2 Adam kang dah tak payah google2 lagi..mama die ni pelupa..arini buat minggu depan dah lupe resipi. hehe. padehal sume ni resepi simple je..kengkadang pening pikir nak masak ape untuk budak kecik ni....ni antara breakfast adam yg mama ingat ye. 




1. Oat + kiwi gold + pisang.


kita pakai instant oat je skarang tapi still yg organik. masa below 1y je pakai yg rolled..huhu.(maknya malas ye nak rerendam) .masak jap atas pan bagi sedap sikit. kalau takde buah..bancuh ngan freshmilk pun boleh.

2. Makaroni cheese.

-bawang putih
-carrot
-cheese
-parsley flakes
-macaroni/any pasta

tumis bawang putih, masukkan carrot yg dah di potong halus, pastu masuk makaroni yg dah direbus, & cheese (kite pakai cheddar  cheese brand bega). tabur serbuk parsley.
3. Roti telur cheese

- buat macam dalam gambar. ni pun ambik kat fb. sedap dan senang.



4. Garlic bread

-unsalted butter 
-bawang putih (tumbuk halus)
-parsley

campur semua bahan pastu sapu kat roti, bakar atas nonstick pan.



5. Nasi Goreng versi 1
- bawang putih & ikan bilis (tumbuk halus)
-mix vege (rebus dulu biar lembut)
-ayam / udang potong kecik2 

tumis bawang putih & ikan bilis dgn olive oil atau butter, masukkan mix vege & ayam, masuk garam kalau dah makan garam, last masuk nasi. laaa ni senang kan macam tak payah tulis je cara2 ni ~.~

6. Nasi Goreng Versi 2
- bawang putih (tumbuk halus)
- telur 
-kacang peas
-nasi

masak telur (scramble egg), ketepikan. tumis bawang putih, masuk kacang peas dan nasi..last masuk telur. siap. gambar tak ingat nak snap.



7. Lempeng 1.

tepung atta + kismis +kurma

8. Lempeng 2

tepung atta + pisang + cheese (lebihkan pisang)

9. Lempeng 3

-3/4 cawan tepung atta
-telur (asingkan kuning & putih
-1/2 cawan freshmilk
-1 sudu minyak zaitun

pukul putih telur sampai kembang, ketepikan.
Campur kuning telur & susu..pastu kacau. Masukkan putih telur, tepung & minyak zaitun. Masak atas nonstick pan. siap, makan dengan madu pun sedap.

10. Roti Pisang

blend pisang 1biji & freshmilik 3oz, celup kat roti, bakar atas nonstick pan.



























7 comments:

baha nadia said...

Assalamualaikum.. mohon share ye resepi awak.. tak de idea nak bagi anak makan apa .. hihi

Aisyah A. Bakar said...

Nice sharing sis..Ada gak idea nak wat menu anak.hihi

Aisyah A. Bakar said...

Nice sharing sis..Ada gak idea nak wat menu anak.hihi

anis abdullah said...

Good sharing. Takde idea nak bagi anak makan apa..

Jid Othman said...

Thanks berkongsi idea.

suka duka kehidupan said...

Tepung atta..Tepung apaye

suka duka kehidupan said...

Tepung atta..Tepung apaye

Post a Comment

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers