RSS

Misteri Panggilan Telefon - Part 9


Aku menoleh pada abang aku.. "Danny ok ke?Dia kat mana sekarang?"..

Abg aku memandang aku lama,aku menanti jawapan dengan penuh sabar..

Hati aku agak resah, aku bersedia dengan apa saja kemungkinan, aku reda kiranya apa-apa berlaku pada Danny. Belum sempat fikiran aku melayang dengan lebih jauh, aku rasa kepala aku kena ketuk oleh sesuatu. "Hoi takde nye hero mati, hidup lagi kat luar tu ha,siap makan popcorn" binawe punya abang, mcm tu dia jawab aku . Rupa-rupanya Danny cedera ringan je, tak masuk wad pun, sekadar pesakit luar. Aku je yang risau lebih2 pulak.

Danny melawat aku, tidak lama selepas keluarga aku pulang. Disebabkan kemalangan tu, keluarga aku dah tau tentang aku dan danny, melalui patung tu yang dikutip di kawasan kemalangan. Nasib baik takde mati ke cedera parah ke apa, cuma penunggang motorsikal tu retak bahagian kaki dan dah disimen, pun dirawat sebagai pesakit luar jugak. Seperti yang salah sorang forumer kat sini ada menulis, bahaya jugak kan kalau aku panic, ya memang betul. Aku ni kalau panic, aku akan buat tindakan melulu, tindakan bodoh pun ya jugak, tak aku nafikan langsung. Sebab tu, kalau nak inform sesuatu yang mungkin mengejutkan, eloklah jangan dalam kereta ke apa, kang tak pasal-pasal accident.

Wajah nenek tua yang tersenyum tu, terbayang semula di mata aku. Sehinggakan aku fobia beberapa hari lepas tu aku cuba elak nak tengok cermin. Aku takut peristiwa sama berulang. Sewaktu drive pun, aku sedaya upaya tak nak guna cermin tapi mustahil kan, memang perlu pandang jugak. nasib baik lah lepas tu nenek tu dah tak muncul. Lega.

Oh ya, berbalik pada kisah Kenny, temujanji kitorang bersama Kenny dibatalkan sebab kitorang accident. Bukan la batal sebenarnya, just tunda hari lain je.

Danny melawat aku,selepas ahli keluarga aku pulang. Tanpa berkata apa2, Danny cuma tunduk diam. Kerana menyangkakan aku mengamuk sebab luahan perasaan dia tu, tapi aku jelaskan perkara sebenar. Apa yang aku nampak sebelum kemalangan tu, Danny berkerut dahi. Di wajahnya nampak kesal, tak sangka pulak gurauan tu betul2 terjadi. Mungkin nenek tu dah pun ikut sejak dia berangkat dari rumah lagi,who knows?

Beberapa hari kemudian, aku dan Danny berjaya jumpa Kenny,di salah sebuah restoren melayu yang berdekatan dengan tempat kerja aku. Pada malam tu, aku dan Danny ceritakan apa yang telah berlaku, apa kaitan panggilan telefon nenek dia dan Freddie, kami ceritakan sepenuhnya tanpa ada satu fakta pun yang tertinggal. Kenny yang pada awalnya kelihatan agak nakal dan tak habis2 mengusik aku, berubah menjadi serius bila mendengar perkara sebenar.

Inilah cerita yang kami dengar dari pihak Kenny.

Nota : Kisah Kenny ini ditulis berdasarkan cerita sebenar Kenny,yang telah diubahsuai dalam bentuk penceritaan. Harap maklum. Sekali lagi, dialog di dalam kisah Kenny,hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan cerita.


Hello,nama sy Kenny. Sy berusia 22 tahun dan baru sahaja menamatkan pengajian di luar negara. Dah lama sy tak balik ke kampung halaman,inilah saat yang paling sy tunggu sejak sekian lama. Sy menetap di luar negara selama 4 tahun dan kini pulang dengan segulung ijazah. Ijazah? Ok, tipu. Diploma sahaja. Haha! Sy sempat bercuti ke beberapa tempat sebelum pulang berehat ke kampung halaman untuk aktiviti menganggur pulak, sy tak nak kerja terus.. dah 4 tahun sy rasa otak terbeban,tiba2 nak kerja pulak, takkan lah kot? Selepas discuss dengan ayah sy dan dia pun bersetuju, jadi sy pun berehat atau dengan erti kata lain, menganggur selama 3 bulan sebelum sy amik keputusan nak cari kerja di mana-mana. Yang penting, sy rehat puas2 dulu.

Bila sampai ke kampung, dan mula menetap semula dengan keluarga, sy dapat rasakan sesuatu yang ganjil pada nenek sy (ibu kepada ayah sy), yang berkelakuan pelik setiap hari. Ayah cakap, nenek sy tu dah nyanyuk, ye lah kan, umur pun dah hampir mencecah 90 tahun. Alah,sebelum sy pergi luar negara pun,nenek dah mula tunjuk tanda nyanyuk dia tu,tp tak lah seteruk skrg, mcm perangai budak2,ye jugak. Sy akui, sy ni agak nakal dan bila sy bosan, mula lah sy mencari sesuatu untuk di explore. Lebih2 lagi sy anak tunggal, ibu sy pula dah berkahwin lain selepas bercerai dengan ayah sy. Hanya sy, ayah dan nenek tinggal di rumah, kadang kala ditemani oleh keluarga ibu saudara sy yang hanya tinggal di rumah sebelah.

Pada satu hari, sy terdengar suara nenek seperti bercakap dengan seseorang. Mcm bercakap dalam telefon je lagaknya, tapi dengan siapa? Sy curi-curi mendengar dari luar bilik. Bilik nenek sy, langsung takde pintu sebab ayah sy dah cabut pintu tu sejak beberapa tahun lepas,risau jika nenek mengunci dirinya dari dalam. Sy dengar perbualan tu,agak lama. Nenek seolah-olah bertanyakan tentang seseorang dan sy ada mendengar nama Freddie disebut. Siapa pula Freddie ni, kekasih lama ke, hati nakal sy berbisik.

Sy biarkan nenek mcm tu je,pada sebelah malam nya,selepas makan malam dan sewaktu sy dengan ayah lepak kat luar,minum teh dan hisap rokok, sy bertanya pada ayah tentang nenek..Menurut cerita ayah, nenek dah mula nyanyuk sejak sy sekolah menengah lagi.Tapi waktu tu,tak berapa ketara,cuma perubahan sikit saja. Tapi sekarang,perangai nenek semakin pelik. Semakin kerap bercakap yang bukan-bukan, tapi ayah hanya menganggap itu perkara biasa bagi seorang tua nyanyuk.

Sy hanya mendengar cerita ayah,tanpa syak yang bukan2. Sy ada juga bertanyakan tentang telefon rumah,nenek tak boleh berenggang langsung dengan telefon tu. Menurut ayah, nenek takde telefon sesiapa sebab dah beberapa tahun nenek mcm tu, bil telefon takde jugak rekod mana2 nombor yang tak dikenali. Semua panggilan telefon yang direkod, adalah panggilan yang dibuat oleh ayah sy sendiri. Jadi, ayah beranggapan nenek cuma bercakap seorang diri dengan telefon tu,takde dengan sesiapa. Pernah sekali, nenek langsung tak nak makan, tak nak keluar bilik, tak mandi..sebaliknya hanya duduk di bilik pandang telefon, seolah-olah menunggu panggilan dari seseorang. Kerana tak tahan dengan situasi tu yang memaksa ayah sy bertegas, ayah sy merampas telefon tu dengan syarat nenek sy,mesti makan. Nenek sy bergegas ke dapur,ayah sy sangkakan nenek nak pergi makan. Detik cemas berlaku bila nenek sy menggeledah dapur dan dapatkan pisau, mengugut untuk bunuh diri sekiranya telefon tu tak diserahkan ada dia. Ayah sedikit panik, cuba untuk memujuk,tp nenek hanya mahukan telefon. Ayah sy terpaksa serahkan dan sejak nenek kembali dengan telefon, nenek tak lagi mengamuk.

Keesokan hari nya, sy sekali lagi mendengar perbualan nenek dengan "seseorang" di telefon. Mcm mustahil nenek cuma cakap seorang sebab, mcm real pulak nenek tengah berkomunikasi. Senyap2 sy hendap lagi, sy tekad nak rampas telefon tu dari nenek,saja je nak cuba2 check kot2 betul ada orang dengan dia bercakap. Sy pura-pura masuk bilik nenek, konon nak ambik benang dan jarum, sebab peralatan menjahit, dalam bilik dia. Sedangkan sy ni,masukkan benang dalam jarum pun tak reti,ahaha. Sy pura-pura cari,nenek hanya menunjuk tempat peralatan menjahit yang dia simpan dengan menjuihkan bibir je,sy gelak. Nenek sambung balik bercakap dalam telefon.

"Tak pulang ke?Cakap kat dia,nenek dia dah masak ni.."
"Tengahari nanti pulang tak?.."
"Nanti bgtau Freddie ya,kamsiaaaa...kamsiaaaa..."

Kata nenek berulang kali. Tanpa melengah masa, sy terus rampas telefon tu dari nenek, pergelutan berlaku apabila nenek masih lagi memegang erat telefon dan mula menjerit tak tentu hala, tak nak telefonnya dirampas. Waktu tu,ayah sy dah pun keluar menemani ibu saudara sy membeli katil baru. Akhirnya,sy berjaya. Sy lekapkan telefon ke telinga dan agak terkejut apabila kedengaran suara seorang gadis yang kedengaran agak terpinga-pinga dan terkejut.

Kenny mengakhiri ceritanya ..

Dan aku lah gadis yang terpinga-pinga dan terkejut tu. Mana taknya, selama ni tak pernah2 pun dengar suara lain selain dari suara nenek tua tu,tiba2 timbul pulak si kenny tu. Betul2 drama lah dan aku tak pasti pulak drama ni panjang lagi ke tak episod dia, ending ntah macamana pulak nanti.

Aku ada email Freddie tentang kejadian ni, Freddie cakap, dia akan ke tempat aku,tapi tunggu hari sabtu atau ahad,hari yang dia tak bekerja je,hari lain dia tak free. Aku,Danny dan Kenny mula lah dengan plan nak temukan nenek Kenny dengan Freddie, mana tau betol2 kenal, walaupun mengikut logik akal, Freddie tiada kaitan darah langsung dengan keluarga Kenny,tapi tak salah kalau mencuba kan?

Dipendekkan cerita (walaupun aku tau korang suka aku taip panjang tapi aku dah mengantuk sgt nih,hehe), planning tu tak berjaya. Walaupun Freddie dah pun berada di dalam rumah Kenny, tapi dia tak dapat jumpa nenek tu,bukan sebab nenek tu tak nak, tapi sebab ayah Kenny yang melarang keras, dia cakap dia tak nak orang luar jumpa dengan nenek tu, takde keperluan langsung katanya. Hati org tua lebih sensitif dan mungkin jugak dia risau kitorang ada niat buruk pada keluarga dia.

Kami pulang dengan perasaan hampa bila hajat nak pertemukan Freddie dengan nenek tu tak kesampaian,kecewa. Pernah jugak aku ada idea jahat sikit, curi-curi jumpa waktu ayah Kenny takde kat rumah ke, tapi Kenny pulak tak setuju sebab Kenny tau ayahnya tu panas baran jugak, habis dia kalau kantoi ke apa, lebih-lebih lagi jirannya adalah keluarga ibu saudaranya sendiri,iaitu kakak kepada ayahnya,jadi peluang nak kantoi tu agak cerah la jugak.

Yang paling frust, sudah pastinya Freddie. Freddie masih tak putus asa, kali ni dengan cara lain pulak.

Freddie kata ... "Sy ada idea.. Apa kata kalau...."

"Kalau apa?" aku menyampuk, dah la cepat panic, bukan penyabar lagi,buruk betul perangai...


"Kalau kita...erm...." Freddie seperti teragak-agak.
"Aduhhh kalau ada idea baik punya,cakap je lah..." Aku pulak geram.

Freddie diam seketika dan berkongsi idea nya pada kami.
Aku dan Danny saling berpandangan.

"Hermmm....betul jugak,boleh pakai idea nih..." hati aku berbisik..


BERSAMBUNG.......


Misteri Panggilan Telefon - Part 8


Tanpa kitorang sedar .. jam pun dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi, aku pulak asyik menguap je sebab aku tak biasa tido lewat.

Itu serba sedikit cerita dari pihak Freddie. Update yang seterusnya, aku akan ceritakan siapakah "nenek" yang selalu call kitorang. Adakah nenek Freddie tu sebenarnya belum meninggal? Adakah semuanya kebetulan atau cross line sahaja?



Siri yang lepas kita dah dapat tahu bagaimana Freddie kehilangan neneknya yang tersayang, satu-satunya ahli keluarga terdekatnya yang masih ada. Tak dinafikan, kisah Freddie yang menyayat hati, umpama babak yang berlaku dalam filem semata, tapi hakikatnya ia berlaku jugak dlm dunia nyata,yang aku alami sendiri. Kadang2 bila difikirkan, aku rasa nak keluar dari "filem" ni, aku tak nak lagi jadi "watak" dalam filem yang aku tak pasti apa kesudahan nya ketika itu.

Pada waktu tu, satu je yang terlintas di fikiran aku, mungkin kerana kasih sygnya begitu menebal pada Freddie, hingga perginya meninggal kesan. Kesan kasih syg yang abadi. Aku tahu, sebagai seorang Islam, apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputus lah ia dari urusan dunia. Tak mungkin mendiang nenek Freddie ada kelebihan itu sampai boleh telefon pulak bila dah meninggal. Ya,secara logik. Tapi jika difikir secara logik gak, aku seakan-akan tiada jawapan. Kalau nak biarkan semuanya tak terjawab,tinggal misteri, hati aku ni pulak seolah-olah digaru-garu untuk mencari jawapan (ayat tak bleh blah
.. )

Beberapa hari selepas kenal dengan Freddie dan mendengar cerita dari pihak dia, aku dan Danny agak puas hati lah jugak, at least persoalan tu dah terjawab. Walaupun tak terjawab sepenuhnya,aku redha je. Nak menyiasat lebih2 pun, banyak mana sangat lah masa yang kitorang ada, aku sendiri sibuk, Danny pun sama gak. Freddie pulak, dah berkeluarga dan dah ada anak, kerjaya sendiri, takde masa kot nak fikir lebih2 tentang nenek call tu. Aku percaya, Freddie sendiri mesti teringin nak cakap dengan nenek tu, since nenek tu asyik call tempat kerja aku dan danny, tapi nenek tu tak pernah sekali pun call Freddie. Tertanya-tanya jugak,kenapa agaknya. Masih jugak tak terfikir apakah jawapan pd semua persoalan ni.

Mingu demi minggu berlalu, pada satu hari, sekali lagi aku dikejutkan dengan panggilan telefon, dari nenek tu lagi. Siot je, aku baru nak lupakan tentang dia, dia call lagi. Aku boleh pulak jawab call tu macam biasa, dah takde berdebar sangat pun, dah terbiasa kot, tak macam dulu. Nenek tu,masih lagi ulang soalan yang sama,dengan nada yang sama. Sedih, sampai bila agaknya nenek ni nak cari Freddie. Kalau nenek masih hidup, pulang lah... kembalilah ke pangkuan Freddie nek, dia rindu.. hatiku berbisik.. Tapi,hampa.. bila nenek ni masih lagi call, seperti kebiasaannya.. Aku buntu.. Hal ni,aku rahsiakan dari pengetahuan Danny,tak tau kenapa. Mungkin sebab aku tak nak dia risau, atau pun mungkin sebab aku sendiri dah tak berminat nak cari siapa nenek ni sebenarnya.

Panggilan telefon misteri ni mengganggu tumpuan aku selama beberapa hari, aku mcm orang yang takde semangat nak kerja. Fikiran aku asyik ke situ. Sedangkan orang lain, maksud aku staff aku yang lain, yang pernah gak berkomunikasi dengan nenek ni, tak pulak ambik peduli. Tapi, kenapa aku, seolah-olah ada perasaan yang lain.. mungkin sebab aku rindu kasih seorang ibu, aku tiba-tiba teringat pada arwah mak aku yang dah lama pergi. Apa perasaan aku agaknya, kalau aku tau, arwah mak aku call seseorang,untuk cari aku? Mesti rasa terkejut,tak percaya dan sebak kan? Mungkin itu yang freddie rasa sekarang. Berat mata memandang kata org .. berat lagi bahu yg memikul.

Hari-hari yang aku lalui tak lagi menakutkan, malah panggilan telefon dari nenek tu pulak yang aku tunggu2 hingga jadi usikan semua staff. " Panggil Aishah kejap, nenek dia call" ayat yang dah biasa aku dengar saban hari.

Hinggalah pada satu hari, berlaku satu perkara yang berada di luar jangkaan aku selama ni, aku rasa kalau aku ni ada sakit jantung, memang dah rebah kot. Nak dijadikan cerita, pada satu hari ni, nenek ni call seperti biasa. Tetapi apa yang memeranjatkan aku, bila nenek ni tiba2 menjerit seolah-olah tengah bergaduh dengan seseorang, aku agak bunyinya macam dia tengah berebut telefon dengan seseorang.

Aku pulak mcm orang hilang akal, bingung dengan situasi tu. Eh,nenek ni bergaduh dengan sapa pulak dalam kubur ni wei
. Waktu aku tengah tak keruan tu,tiba2 orang yang tengah bergaduh dengan nenek tu berjaya pulak rampas telefon tu,dan mula bercakap dengan aku,tapi masih menggunakan bahasa cina hakka. Aku mula pening, ni drama episod apa pulak nih.

"Sorry i don't speak chinese" kata aku cepat2 dengan harapan supaya dia jawab, janganlah ko letak telefon dulu,sempat lagik nih aku berdoa bagai. Waktu aku mula bercakap dengan orang tu, kedengaran suara nenek tua tu marah2 kat belakang, mcm nak rampas balik telefon tu,dengan gigih sekali. Comel pulak, serius comel.

"Haaa...sorry sorry,ini siapa ya?Ini mana tempat ya?"
"Sy aishah. Ini restoren. Boleh i tahu u siapa, nenek tua tadi ur mother ke?"
"Hooo...bukan..bukan.. my grandma.. Sorry amoi,nenek sy ni nyanyuk sudah. Memang selalu kacau orang, telefon sana sini saja"
"U dari mana ni? Boleh i tahu?"

Orang tu pun explain dia kat mana (sorry tak leh reveal nama tmpt due to privacy).
"U ni betul2 orang ke apa ni?" soalan bodo pulak keluar,aku tepuk dahi sendiri.
"What do u mean ya?"
"Erm,sorry sir,sorry. I didn't mean to be rude here but.. erm,boleh i jumpa u? Jumpa ur grandma?"
"U siapa ya?U kenal kita ke?U kenal my grandma?"
"I tak kenal u,tapi ur grandma selalu call sini,sepanjang tahun. Ni baru 1st time i dengar suara u,i nak tau grandma u siapa,dia cari Freddie ke?"
"Tidak la amoi... My grandma ni memang nyanyuk sudah, few years ago asyik cakap pasal Freddie. Siapa Freddie tu pun kita tak tau"

Aku tersenyum sendiri je waktu dia bahasakan dirinya sebagai "kita", sounds cute pulak


"U takde keluarga nama Freddie ke?Ur grandma memang selalu call,cari Freddie"
"Tak ade la. Kita memang takde family yg nama Freddie. My grandma nyanyuk,biasa la mungkin dia tengok cerita tv ada freddie haha"

Eh cepat pulak mesra si cucu nenek nih
..

"Boleh i jumpa u? I rasa i patut bincang lah"
"Bincang apa ya?"
"Tentang grandma u.. tentang Freddie.. herm,i susah nak explain through phone,but i betul2 perlu jumpa u"
"U boleh tinggalkan contact number u? U siapa nama ye?"
"Aishah"
"Air Asia??"
"Aishah la... aiyoo... "
"Ooo ok ok" dia gelak lagi.
"Nama u siapa?" aku tanya.
"Nama kita ke?" adoiii cute betol.
"Ye lah,nama u"
"Just call me Kenny"

Lepas bertukar nombor telefon,tanpa buang masa,aku call Danny pulak.

"Danny,awk free tak malam ni?Jumpa nak?Pls,ada perkara penting nak bagitau awk"
"Nak melamar ke apa ni?" Sumpah tak lawak okay.
"Jangan melawak k. Ni pasal nenek tu, sy dah dapat dah orang yang ada related dengan dia."
"Maksud awak?"
"Jgn banyak tanya la, nak jumpa ke tak? Mlm ni eh,free kan?"
"Ok,anything for u sweetheart"

Aku terkedu.

Aku terkedu mendengar ungkapan itu,sweetheart? Bukannya aku tak merasakan sesuatu yang lain dalam perasaan aku pada Danny, tapi entah lah, kadang2 aku rasa Danny treat aku seperti kawan saja, kadangkala, lebih dari itu. Atau.. mungkin aku yang perasan lebih kot, kadang2 ada ketika dan waktunya bila seorang lelaki beri perhatian yang lebih, disalah anggap sebagai menyimpan perasaan dan sebagainya, dan aku tak nak lah termasuk dlm golongan yang salah anggap tu. Aku buang jauh perasaan tu, mungkin hanya gurauan dari Danny je, bukannya dia tak pernah panggil aku sayang di saat aku marah, tapi semuanya mungkin hanya sekadar gurauan. Aku selesa berkawan dengan dia,seorang yang tak pentingkan diri dan sentiasa memberi keutamaan pada org yang lebih memerlukan. Jiwa nya sensitif,ya. Kadang2 mudah tersentuh. Mungkin pengalaman yang dilalui,membuatkan hatinya begitu.

Seperti yg dijanjikan, Danny menjemput aku di rumah. Kali ni,baju tak sama warna seperti dalam cerita aku yang sebelumnya, Danny agak lewat daripada waktu yang dijanjikan, singgah isi minyak kereta katanya. Danny yang aku kenal,seorang yang suka mengusik dan sukar untuk melihat mulutnya tu berhenti bercakap, macam bertih goreng bak kata org, tapi malam tu, Danny agak berbeza. Dia diam. PMS ke apa budak nih, aku pulak yang rasa tak selesa,sebab aku tak tau macamana nak mulakan perbualan dengan Danny,yang hanya membisu.

Danny berhenti memandu dan parking kat tepi jalan. Aku sedikit takut,dah membayangkan yang bukan-bukan.

"Just nak inform awak,tapi...jangan panic ya,please?" Danny memecah sunyi.
Aku agak tertanya-tanya kenapa Danny mcm ni, ini betul Danny ke atau.. ah sudah, perkara lain pulak terbayang dalam kepala otak aku nih.

"Sha.. tadi.." Danny agak sukar untuk teruskan.
"Awk cakap je kalau awk rasa awk perlu bgtau,tapi.. kalau awk nak simpan as privacy,sy faham. Awk tak perlu beritahu apa2 ok" aku cuba untuk redakan diri dia,yang nampak sedikit tak tentu arah. "Tadi sy nampak nenek berkebaya tu,duduk kat belakang" kata-kata Danny mcm halilintar je, telinga aku rasa berdesing. Danny tak menoleh ke arah aku, dan tak jugak menoleh ke belakang, cuma pandangan nya terus ke depannnn je,bulu roma aku meremang.

Perlahan-lahan,aku cuba melirik ke belakang. Tak tau kenapa aku mcm berani sgt lah konon, tapi bukan kah bila kita takut, kita memang selalu check apa yang ada di belakang kita kan? Ini lah yang berlaku pada aku.Mula-mula,aku langsung tak nak toleh. "Masih ada lagi ke err...dia kat belakang ni?" aku tak tau la nape aku ni jenis suka betul tanya soalan tak kena tempat.

Danny mengangguk dan melihat aku dengan menggunakan ekor mata nya je,tp langsung belom bergerak sangat. Aku menahan nangis. Dengan perasaan takut-takut berani,aku pusing kepala ke belakang..perlahan ya ampun,takutnya aku hanya Tuhan yang tahu.

Tapi....apa yang aku lihat...Teddy bear sederhana besar tengah duduk kat seat belakang, yang tengah pegang kad besar bertulis..

"Aishah..I never say I Love U,but I do.. -Danny- "

Aku kehilangan kata-kata. Marah, geram, gembira, malu bercampur-baur. Lepas baca ayat pada kad tu, aku pandang ke depan
semula. Secara jujur, aku tak tau nak cakap apa, tindakan Danny terlalu mengejutkan, dan macamana pulak aku boleh tak perasan
dari awal,teddy tu ada kat belakang,aku pun tak tau.

Danny diam. Aku pun sama. Agak lama.

"Kenapa tak nak gelak?Takut nenek gelak sama ke?" Danny dah mula balik perangai dia.
"Oho,April Fool dah lepas okay,tak lawak" aku cuba nak cover perasaan gugup.
"Sy suka buat lawak,tp rasanyaaa..belum pernah menipu lagi.. hehehe" Danny hanya senyum.

Danny mula memandu balik,selepas hampir 20 minit berhenti kat tepi jalan. Waktu Danny tengah memandu, aku cuba melihat ke belakang seat, niat asal, nak tengok teddy tu,sekali lagi. Nak menoleh ke belakang, segan pulak. So, curi2 lah tengok dari
cermin. Terkejut besar aku bila kelibat nenek berkebaya duduk di belakang,senyum pada aku. Aku terperanjat, menjerit sekuat
hati, tanpa aku sedar, aku hilang kawalan dan sekali lagi, aku kemalangan hanya kerana Danny tak dapat kawal kereta, bukan
sebab dia panic, tapi sebab aku yang pegang stereng kereta dan pusing ke arah kanan, aku tak tau kenapa aku buat mcm tu,
panic punya pasal.

Kereta yang Danny pandu, merempuh sebuah motorsikal dan sebuah kereta CRV milik orang brunei. Waktu ni, Danny dah berdarah hidung dia, tapi masih ok. Aku pulak tak tau apa yang berlaku sebab aku pengsan tak lama selepas tu..

Aku buka mata perlahan-lahan. Tengok keadaan sekeliling,aku kat wad rupanya. Cuba gerakkan tangan dan kaki aku,mana tau kot2 patah ke apa. Lega,sebab ok je boleh gerak lagi. Check kepala pulak, tak berbalut. Aku cuba ingat balik apa yang berlaku, bayangan nenek tu terlintas di fikiran,aku menjerit dan kami kemalangan. Huh,masih ingat! Fuhhh maksudnya tak le aku ilang ingatan kan.


Aku cuba bangun,tapi rasa nak pitam. Tak jadi,aku baring balik. Aku sorang je dalam wad, mana pulak family aku nih,takde jenguk langsung ke. Dorang dah tau ke tak ni? Aku belek baju aku, baju hospital. Jangan2 aku dah kat sini,beberapa hari. Tapi tak mungkin lah kot,bukannya cedera parah sgt pun aku ni sampai amik masa beberapa hari nak bangun. Berderau darah aku, Danny mana? Hidup ke dia? Selamat ke? Atau...? Aku tak sanggup fikir banyak. Aku panjangkan leher nak jenguk2 katil sebelah, ada banyak lagi katil dalam wad tu aku rasa tp semuanya dipisahkan dengan kain biru. Nak selak,tak larat lak nak bangun. Tapi keadaan yang sunyi sepi tu yakinkan aku, yang aku hanya seorang dalam wad tu.

Tekak rasa haus sangat, mcm dah lama tak minum air. Aku pejam mata,tunggu2 je lah, nanti mesti ada nurse datang jenguk. Tiba2 tangan aku dipaut seseorang, aku nak buka mata,tapi...tak mampu. Sedaya upaya aku nak buka mata,tapi tak jugak dapat. Tangan yang memaut tadi,makin erat, membantu aku untuk bangun dan aku rasa bibir aku seperti disuap sesuatu,basah. Air..aku teguk sampai habis sebab aku haus sangat.. lepas minum, baru aku dapat buka mata. Di luar jangkaan,sekali lagi, nenek berkebaya tersenyum pada aku,sambil memegang gelas yang airnya dah habis aku minum. Aku tak dapat buat apa2,kecuali melihat nenek tu yang hanya senyum dan perlahan-lahan hilang.. Aku terjaga, rupa-rupanya dah hampir 16 jam aku tak sedarkan diri. Waktu aku terjaga tu, keluarga aku memang dah ada di sisi,semua terkejut aku bangun macam bangun dari tido biasa je. Aku terpinga-pinga gak, nenek tadi tu datang dalam mimpi je ke atau betul2.. aku tak pasti..

Keluarga aku semua ada kat situ.. dan beberapa org rakan pun ada.. tapi, aku tak nampak langsung wajah Danny.


BERSAMBUNG...

Misteri Panggilan Telefon - Part 7


"sorry lambat updet...bz ngan contest kat fb tu sampai blog pun terabai..hehehe"


Nama sy Freddie,sy dah bekerja di syarikat tu selama 6 bulan untuk jalani practical sy. Sy dah jadi pekerja tetap di situ bila practical sy tamat. Sy tak pernah ada masalah, sehinggalah pada satu hari, sy dapat tahu, teman wanita sy berubah sikap secara tiba-tiba. Mungkin atas sebab tinggal berjauhan, dia berubah. Dia dah mula meragui saya, sedangkan sy, tak pernah berubah laku, atau curang pada dia, walaupun hakikatnya sy ada peluang untuk berbuat begitu, di belakang dia, tanpa pengetahuan dia. Sy sangat sayangkan dia, lebih dari sy sayang keluarga sendiri, sehingga sy pernah katakan pada dia, kalaulah hubungan ni tak direstui keluarga, sy sanggup buang keluarga daripada kehilangan dia. Ya,awk boleh kata sy bodoh, sy memang bodoh waktu tu, tak pernah menghargai keluarga. Sy hidup dalam dunia sy sendiri. Bagi sy, teman wanita sy adalah segalanya pada sy.

Sy anak yatim piatu. Ibu sy dah lama meninggal dunia,sejak sy kecil lagi kerana sakit barah. Ayah sy pula meninggal dunia waktu usia sy 12 tahun, kerana kemalangan di tempat kerja. Sy dibesarkan oleh nenek sy,sejak sy berusia 12 tahun lagi sehingga lah sy habis sekolah, melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Semuanya dibiayai oleh nenek sy, yang hanya berpendapatan kecil, sekadar mengambil upah membuat kuih-muih dan nasi goreng yang dijual di salah sebuah kantin sekolah. Kami hidup serba sederhana, tak lah terlalu daif sangat, sekurang-kurangnya nenek sy mampu menyediakan tempat berteduh,makan pakai yang cukup,walaupun tidak semewah orang lain.

Nenek tak pernah sekalipun, menentang kemahuan sy. Sejak sy kecil, kemahuan sy akan dipenuhi, dengan segala kudrat yang nenek ada. Sy bangga dengan nenek, sy sayangkan dia. Tapi semuanya berubah bila sy kenal teman wanita sy, Joana (sekadar nama samaran). Sejak hari pertama sy kenal Joana, sy sukakan dia. Bila sy berjaya memiliki dia,sy rasa amat bertuah, yang sy tak dapat nak gambarkan. Perasaan muda-mudi bercinta, sy rasa sesiapapun pasti pernah rasa. Lebih2 lagi, ini lah cinta pertama sy, yang sy harap kekal hingga ke mati. Sy tahu,masih terlalu jauh untuk sy menjangkakan bagaimana penghujung hubungan kami,sy mendoakan hanya yang terbaik saja.

Joana, bukanlah gadis biasa. Gadis cantik bergaya, hidup serba kemewahan. Ibunya mempunyai butik dan spa sendiri, bapanya pula pemilik syarikat guaman terkemuka. Boleh sy katakan, sehelai bajunya sahaja mungkin sama sahaja kosnya dengan perbelanjaan sy selama beberapa minggu. Sy sebagai lelaki, sy rasakan situasi itu,tak sepatutnya berlaku. Ego sy tinggi, sy rasa tercabar. Sbb tu, sy tak pernah dedahkan asal usul sy, yang berasal dari keluarga yang daif dan tidak seberapa. Bukan kerana sy hendak tunjuk sy bagus, tapi hakikatnya sy malu. Sy risau sekiranya sy tak layak untuk berdamping dengan dia. Tidak sy nafikan, Joana seorang yang agak mementingkan kebendaan, tak pernah sekalipun Joana bersama-sama sy menunggang motorsikal yg sy miliki, hanya kerana risaukan rambutnya kotor. Makan di warung biasa juga bukanlah satu kebiasaan buat Joana. Sy tak salahkan Joana, kerana dia membesar dengan kemewahan,bukan seperti sy.

Pernah sekali nenek sy hendak melawat sy di kampus, tapi sy cuma katakan tak perlu. Bukan sy tak rindu pada nenek,tp sy malu. Biarlah nenek di kampung saja, tak perlu kawan2 sy terutamanya Joana, untuk tau siapa nenek dalam hidup sy. Sy akan terus-terang pada Joana tapi, sekarang bukan waktunya.

Bila sy habis belajar, sy practical di tempat asal, kerana kemahuan nenek. Sy pernah tunjukkan gambar Joana pada nenek, tapi nenek seperti tak berkenan. Kata nenek, perempuan yang kahwin dengan lelaki, akan tinggal bersama suami, sanggupkah Joana bersama sy yang daif ni? Sy beritahu nenek, sy boleh ubah semua tu. Sy akan cari kerja bagus, beli rumah besar untuk keselesaan,sy perlu masa untuk kumpul harta, tapi Joana tak perlu tahu ini semua.

Nenek, cuma menggelengkan kepala. Bagi nenek,perempuan yang sanggup menerima sy walau dengan keadaan sy daif,adalah cinta yang lebih sejati. Sy tetap tak bersetuju dengan nenek, biarlah sy kumpul dulu kekayaan sy,untuk memiliki Joana.

Pada satu hari, waktu tu sy dah mula bekerja tetap di situ, tanpa sy duga langsung, Joana senyap2 pergi ke tempat sy, mengunjungi rumah sy,hanya kerana nak bagi kejutan di hari jadi sy. Kehadiran Joana amat tak dijangka, dan seperti yang sy dah agak, Joana terperanjat melihat keadaan rumah sy, jauh dari apa yg pernah sy ceritakan padanya. Sy rasa bersalah, Joana berasa tertipu. Salah sy, kalau sy berterus-terang dari awal, semuanya takkan jadi begini. Joana bertindak lari dari situ tanpa sempat sy memberi penjelasan apa2, Joana langsung tidak mahu berbincang.

Malam tu, Joana sms sy, dia cakap dia rasa terhina. Kalau sejak awal lagi,sy berterus terang pada dia, dia akan cuba terima, tapi bukan dengan cara yang begini. Sy rasa bersalah, betapa bodohnya sy selama ni yang menyangkakan Joana tidak akan menerima sy sebagai teman, kerana cara hidup yg begini, tapi jangkaan sy meleset sama sekali.

Beberapa hari,fikiran sy buntu. Sy rasa amat tertekan sehingga banyak kerja sy terabai. Pada satu malam, sy bermimpikan mendiang ibu sy, yang berpesan supaya sy jangan sesekali abaikan nenek sy, dialah nyawa dan cahaya dalam hidup sy. Mimpi tu menghantui sy selama beberapa hari,mimpi yang serupa, sehinggakan sy kerap pergi ke kubur mendiang ibu sy, buat presentation kerja sy di situ, tanpa sy tahu apa sebabnya. Sy tak dpt kawal semua tu dari berlaku.

Hari demi hari,sy makin tertekan atas sikap Joana yang dah mula berubah,asyik mencari kesalahan sy,menuduh sy macam2 tentang pelbagai perkara yang tak pernah sy buat. Atas kerana sayang sy pada Joana sangat menebal,sy dah jadi tak menentu apabila Joana bersikap dingin. Hal di tempat kerja pulak, makin terabai. Sy memang bodoh kerana jadi hamba cinta sampai begini sekali.

Keadaan menjadi semakin buruk, bila 2 orang staff di tempat sy berhenti kerja secara tiba-tiba. Dorang ada bagitau,tak tahan dengan sy yang berubah sikap dan kadangkala dirasuk sesuatu yang bersuara seperti wanita tua. Sy terpinga-pinga,sy tak faham semua ni. Tentang kejadian dirasuk,sy sendiri tak pasti apa puncanya,sy tak ada jawapan untuk itu.

Untuk mengelakkan semua masalah berlarutan, sy ambil keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah ke Australia, kerana Joana melanjutkan pelajarannya di sana. Sy mahu berjumpa dengan Joana, hanya dengan satu niat, untuk melamar Joana. Sy akan datang pada Joana dengan diri sy yang sebenar, bukan lagi Freddie yang mewah seperti yang dikenali Joana selama ini. Sy nekad, jika Joana menolak lamaran sy, sy tidak akan berkata apa-apa lagi, untuk mendesak, jauh sekali.

Beberapa hari sebelum sy meletak jawatan, Puan Nasha berterus terang pada saya, tentang notis perlucutan jawatan sy atas sebab disiplin. Sy secara sukarela meletakkan jawatan,tanpa bertanya apa2. Sy kecewa, sy rasa semakin jauh dengan dunia yang sepatutnya sy berpijak sekarang. Sy tahu keputusan sy ini, bukan kehendak sy sepenuhnya,tp kerana Joana, sy sanggup lakukan. Sy mahu buktikan pada Joana, betapa ikhlasnya niat sy untuk bersamanya.

2 hari selepas berhenti kerja, sy masih lagi keluar seperti biasa, berpura-pura ke pejabat, kerana nenek sy tak pernah tahu. Sy cuma tak nak dia risau, nenek dah tua. Sy mula menguruskan apa yang perlu, untuk ke asutralia. Sy merancang untuk berada di sana dalam 3 hari,hanya untuk berjumpa dan melamar Joana.

Tetapi, pada nenek, sy tidak pernah maklumkan. Sy cuma berpesan pada nenek, mungkin sy perlu outstation,kalau sy tak balik dlm 2 atau 3 hari, jangan risau, sy cuma outstation, tapi sy janji pada nenek, sy akan call dia selalu. Nenek pun percayakan sy, seperti selalu.

Malam sebelum sy bertolak ke Australia,sy tidur agak lewat. Sy masih memikirkan apa ayat yang sesuai untuk melamar Joana nanti, sy dah mula tak keruan. Disebabkan sy rapat dengan Puan Nasha yang dah sy anggap mcm keluarga sendiri, sy sms dia, bagitau tentang perancangan sy nak melamar dan berkahwin. Sy mintak tolong dari Puan Nasha, sekiranya nenek sy ada call, tolong jangan bagitau yang sy dah pun tak bekerja di situ, sy takut nenek terkejut,dia dah tua. Sy berjanji pada Puan Nasha, sy akan explain pada nenek sebaik saja saya balik dari Australia nanti.

Keesokkan harinya, sy bangun agak lewat. Kelam kabut kerana takut terlepas flight, panggilan nenek dari dapur tidak lagi sy hiraukan kerana bergegas untuk ke airport. Tanpa bersarapan dan mengambil bekal yang selalu nenek buat setiap pagi, sy terus melangkah keluar dari situ.

Nenek menelefon sy,sewaktu sy di dalam perjalanan.

"Bekal tak bawa ke?Tghari nanti makan luar?"
"Sorry Nek,dah lambat. Nanti kalau sempat sy balik makan,tp tak payah tunggu"
"Ok, balik tengahari nanti. Kau tu ada gastrik,jangan bagi nenek risau"

Sy cuma cakap ok, itulah kali terakhir,sy dengar suara nenek...ya,kali terakhir ..

Freddie hanya tersenyum apabila jiran memaklumkan tentang kematian nenek tersayangnya, di dalam hati terdetik rasa tidak percaya. Freddie nekad hendak membuktikan bahawa neneknya masih hidup, buktinya adalah Puan Nasha sendiri,yang menerima panggilan daripada nenek. Mungkin ada yang tidak senang padanya, membakar rumahnya dan menculik neneknya,mungkin? Pelbagai perkara terlintas di kepalanya.

Apabila melihat Freddie yang seperti tidak keruan, selagi lagi jiran Freddie memaklumkan hal yang sama, dengan harapan agar Freddie cuba untuk menerima kenyataan,walaupun pahit.

"Mustahil pakcik, bekas majikan sy kata, nenek baru je telefon ke pejabat pagi tadi bertanyakan tentang sy,dan sekarang, pakcik cakap nenek sy dah meninggal dunia beberapa hari lepas?" Freddie panas hati, terasa dirinya dipermainkan.

" Pakcik tak sampai hati nak, tp kamu tau kan anak pakcik kerja sebagai wartawan. Anak pakcik sendiri yang ambil gambar mayat mendiang nenek kamu Freddie, kalau kamu tak percayakan pakcik, kamu percaya lah laporan akhbar tu. Pakcik kenal kamu sejak kecil lagi, perkara mcm ni, pakcik tak main-main. Kamu tu dah mcm anak pakcik sendiri" Getar suara jirannya kedengaran sayu, walaupun jarang bertegur sapa dengan nenek tua itu atas sebab kesukaran berkomunikasi, tetapi baginya nenek tua itu baik hatinya, menghormati orang lain, dan sekali-sekala menghadirkan diri ke majlis keramaian sekiranya dijemput. Sewaktu anak daranya berkahwin, nenek tua itu lah yang bersungguh-sungguh membantu itu dan ini kerana majlis hanya di buat di kampung, kerahan tenaga nenek itu seperti membantu ahli keluarga sendiri. Hanya senyuman dan anggukan nenek tua itu setiap kali berjumpa sahaja sudah menunjukkan kelembutan hatinya.

" Pakcik rasa,elok lah kamu bertanya pada Encik Wong (nama samaran), dia lah yang menguruskan pengebumian nenek kamu Freddie,setelah 3 hari kami cari kamu, tapi tak pernah dapat. Baru kelmarin pengebumian nenek kamu diteruskan saja, walaupun tanpa kamu. Bukan pakcik tak pernah hubungi, tapi kamu yang tak dapat dihubungi langsung. Pakcik minta maaf, pakcik tau kamu kecewa. Marilah, pakcik temankan kamu pergi melawat kubur nenek kamu, dia dah pergi.. Kamu perlu teruskan hidup, jangan mcm ni Freddie" Jirannya, seorang lelaki yang sudah berumur itu, terus memujuk.

Freddie terduduk. Menangis. Kekesalan yang amat, dia tahu tiada gunanya lagi, nenek telah pergi ... jauh ..

Beberapa bulan kemudian ...

Freddie telah menerima hakikat bahawa neneknya sudah tiada,sudah tiba masanya untuk Freddie,meneruskan kehidupannya. Tanpa Joana, tanpa nenek yang telah dianggap seperti ibu kandung. Air mata sering mengalir di pipinya, menyesali apa yang berlaku, membuatkannya nekad untuk terus bangun dan tidak lagi mengecewakan sesiapa. Freddie sedar, kemewahan tetap tidak mampu mengembalikan segalanya.

Freddie membuat keputusan untuk berhijrah ke tempat lain,ke tempat yang tiada sesiapa pun mengenali dirinya, untuk memulakan hidup baru. Sebelum Freddie berpindah, Freddie sempat mengunjungi tempat kerja lamanya,hanya sekadar untuk bertanya khabar.  Kedatangan Freddie ke situ setelah beberapa bulan menghilang, mengejutkan Puan Nasha. Tanpa berlengah, Puan Nasha terus bertanyakan khabar nenek Freddie.

"Nenek sy dah meninggal Puan .. meninggal sebab terperangkap dalam kebakaran" jelas Freddie.

Puan Nasha hanya berkerut dahi, menggeleng kepala dan tersenyum. "Kamu ni Freddie,suka sgt bergurau. Hal-hal mcm ni suka gak bergurau eh" Kata Puan Nasha, Freddie hairan, raut wajahnya memohon penjelasan.

"Nenek kamu tu, masih lagi telefon sini Freddie. Maaf lah kalau awk tersinggung,tapi sy rasa agak terganggu, sebab tu sy terpaksa tukar nombor telefon ni, walaupun sukar terpaksa maklumkan dengan semua client,tapi nampaknya mcm sy tiada pilihan.Kalau nak disekat pun panggilan nenek awk tu, banyak pula prosedur nya" Kata Puan Nasha,selamba.

" Puan,bila kali terakhir nenek sy call?"
"Herm,bulan lepas kot. Nombor baru ni pun baru kami tuka dalam bulan ni"
"Mustahil....mungkin org lain tak"
"Tak lah, nenek tu memang ada sebut nama awak tiap kali dia call"
"Mustahil Puan... nenek sy dah meninggal,kalau Puan tak percaya, Puan boleh ikut sy, sy bawa Puan pergi ke kubur nenek sy.
Atau pun kalau Puan takde masa,bila2 sy free nanti, sy boleh fax pada Puan, sijil kematian nenek sy"

Kali ini,Puan Nasha pula yang terpinga-pinga. Persoalan misteri itu masih tidak berjawab, sehinggalah pada hari Freddie berpindah ke tempat baru,persoalan itu masih tinggal misteri,tanpa jawapan.

Kisah Freddie tamat di situ ..

Aku yang dengar cerita dia, bukan lagi bergenang air mata, tapi sudah teresak-esak menangis. Hati aku cukup tersentuh dengan pengalaman yang dilalui Freddie. Menurut Freddie,dia memang sudah tidak menetap di sini, tapi kerana terlalu rindukan neneknya, dia pulang menziarahi kubur dan juga menjenguk jirannya yang sudah beberapa tahun ditinggalkan. Freddie dah apply cuti untuk habiskan cuti yang dia belum claim, sebelum masuk ke tahun baru 2010. Sewaktu aku dan Danny jumpa Freddie, waktu tu penghujung tahun 2009, dan nenek Freddie sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 2001,sewaktu Freddie berusia 24 tahun. Kini, Freddie sudah pun berkeluarga dan isterinya sedang mengandungkan anak kedua. Anak sulung Freddie, diberikan nama yang serupa dengan mendiang neneknya, atas rasa kasih yang masih menebal.

Namun kepulangannya kali ini,tidak bertemankan isteri kerana isterinya juga bekerja,sebagai seorang tukang masak di salah sebuah sekolah berasrama. Freddie pulang,keseorangan. Freddie agak terperanjat apabila menerima sms daripada aku dan Danny, yang memaklumkan tentang neneknya. Aku ada bertanyakan tentang nombor Freddie yang tidak dapat dihubungi pada awalnya.Menurut Freddie, nombor lamanya tidak lagi digunakan sebagai nombor utama, sebab dia ada satu lagi nombor. Tapi nombor lama masih lagi simpan, sebab nombor tu antara kenangan dia bersama mendiang Joana, dibelikan oleh mendiang Joana untuknya, kira mcm nombor couple gitu lah, nombor seakan-akan sama.

Nombor yang lama tu hanya dia on 2 atau 3 hari sekali je, kadang2 nak check kot2 ada sms dari kawan2 lama yang dia tak pernah maklumkan tentang pertukaran nombor. Kadang2 on simkad tu pun hanya sekadar suka2, kerana sms2 Joana masih lagi disimpan nya dalam simkad tu. Freddie tergelak kecil bila Danny usik, isteri tak tau ke. Freddie cakap tak, dia pun gelak sama.

bersambung.......

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers