RSS

Babymoon di Gold Coast Morib

Hai..

Kamis 4 Oktober lepas (kengkonon sempena besday si budak itam tu) kitorang saja jalan2 pegi Gold Coast Morib (GCM) ni. dah beli coupon ni lame, before kawin lagi kot? RM180. tapi pegi sebab dah lepas Ogos, kena surcharge RM70, so total RM250 la. rugi je sebab kalau book online direct kat website dorang baru RM190+. ZZzz
Nak pegi ni pun decide seminggu before tu, tetibe je macam nak pegi sebab dah lame tak g jenjalan since pregnant ni. yela asyik loya je camno? nak g kedai/soping complex pun malas tauu. keje nak melepek jek.

Nasib baik kat sana tak wat hal uwek2 ke ape. tapi loya tetap datang gak la kadang2 :p
Pegi sane ikut exit nilai-pastu banting-pastu morib. jauhla jugak. nasib ada papago, kalau tak ntah sampai ke tak kami yg buta jalan ni, huhuk.


ni la waterpark dia. sory ni je pict yang ada, nak tgk lagi jelas google jela eh. kui2. mandi la jugak pagi 5hb tu,takut ralat kalau tak merasa. best sebab weekdays tak ramai orang.
  
Dalam bilik ada tingkap ke bilik air. boley skodeng orang mandi. kahkah.
 
Yeay nasib dapat jacuzi yang elok. kat tripadvisor tu byk komplen jacuzi takley pakai.. sgt syok. air suam2+ade blup3+sabun2. wah kan best kalau bleh letak ni kat rumah. ;)


Angin petang dan malam disana amatlah mendamaikan. angin kuattt...walaupun tak leh mandi, tapi pasirnya nye bersih tau.


ni bukti angin sangat kuat. rambut da srupe kak limah.
  
 Ok, yang tak bestnye pasal GCM ni ialah pasal kebersihan bilik & makanan. kitorang dah la dapat 2 single bed, katil queen penuh katenye (eleh macamla ramai sgt cek in ari kamis tu). pastu kitorang pun gabungkan la katil tu. ya hampun, kat bawah katil kotor.. ada rambut2 & bekas kondom. yeks!!! habuk2 pun ada jugak kat lantai. sinki pun macam tak bape clean sangat, still ada stain2 skit. geli mak.

tang makanan pulak, kitorang dapat free breakfast+dinner, tapi makanan sedey terutamanya masa dinner, ada la lauk2 & steambot, lauk2 sangatla buhsan. tak de yang pedas langsung. rasa pun alahaiii.. tapi layankan jela. breakfast ok skit la..biase je macam kat hotel2 lain.

lepas cek out je laju2 pegi umah cekmot+cekmah. rinduuuuuuu. hihihi.


ni dia cekmot+cekmahku. hee ♥ rinduu la cepat la balik johorrr..

Sekian :)

Bufday Hubby yang ke-26

Assalamualaikum :)

4 October 2012 yg lepas genapla husband ku berumur 26 tahun. Happy2 Besday yg!! May Allah always bless u :)

Tak de yg surprise sgt pada hari kejadian. haku kan mulut kepoh tak leh nak berahsia. cume tipu dia jenis kek je la. cakap nak beli lavender, tapi sbenarnya beli baskin robbins.
ha surprise tak? haha.

Mak buat kan soto malam 3 Oct tu sebab esoknya kitorang dah nak g Morib..
Ni gambar pada malam kejadian yang tak bape nak surprise tu :)

eh ni sampingan je.pegi ngan klik pastu alang2 makan eskim skali sempena pink day! murah..hehe



Kek coklat (nama sebenar tak ingat). eskim sedap, keknye biasa2 je ^_^ tak cair sebab request dry ice byk2 (alasan jalan nak blk umah jem)


siap tutup lampu uols...bestla tu kunun


fuhh fuhhh~


ting!inilah kek yg so-so je kot. sedap tang eskrim je. time ni dah cair skit2.

Adiah postpone bulan depan k yg sebab kekangan bajet, haha.
Okay , tu je.
Bye2

Majlis Bertandang


Perut dah ade isi baru nak review.kihkih.. majlis ni dibuat pada 7/7/2012 yang lepas, iaitu lebih kurang sebulan lepas nikah. best tu fefeling pengantin baru dapat bersanding lagik walaupun ada yang cakap pengantin basi. eleh.. :p jom tengok gambar sambil baca bebelan.



masa nikah/sanding bulan 6 dulu tak sempat nak lukis2 inai ni..lagipun dengar kata min dalam rm150 utk kaki n tangan. ahh mahal! pastu teringin jugak nak pakai so time btandang ni tanya mak andam, dia cakap pakai sticker je..so inilah hasilnye, free je. tampal sticker,taruk inai, cuci2, bukak sticker, siap!! jimat. kalau tau ada cara camni konfim dah buat dulu..kat kedai india ada je jual sticker inai ni.

Prefer pulut kuning pulak sebab aritu dah kek kan.. order kat akak yang sama je. kak suhaila . harga tak ingat, tapi bawah rm100 la.


Goodies lebih kurang sama pattern je macam majlis belah pempuan aritu. beza nya takde riben, pastu cop direct kat paperbag. jimat masa. dalam tu sume makanan. telur pindang+jajan+air mineral.

Outdoor Photoshut


Mak andam dari leenz bridal, Permas. mekap ok la sebab dah request taknak tebal sangat. rambut je tak puas ati. buruk okeh! tula, suh pakai tudung taknak, padanla muke .. ;(

bunting! tak suke ada gambar :)


plan nak tema purple, tapi orang kanopi takde purple. boley???????? bolehh..ni la hasilnyee... :( kesudahannye, pengantin tetap nak purple, lantakkan la kemah merah ke ijau ke itam ke.. nama tema:asal boleh! tu belakang tu pelamin simpel. eh simple sangat pun taklawa jugak kan?? tu la akibat bridal yang mementingkan kuantiti dari kualiti. hasil pun asal boleh. lantak!


Family in-law :)


My family. tapi tak cukup korum pulak


OP kitorang. bebudak ni memang semangat & sporting. untung dapat 3 photog skaligus. Kredit to : CriticalEpisode (recommended)


Ok tu  jelah kot. Sekian untuk hari ini. Bye..




9 Weeks+


Pejam celik kejap je dah masuk 10minggu.. tapi perut belum buncit lagi.. yang sedia ada ni lemak tepu, before kawen pun memang dah buncet wakaka.
Semalam pegi scan kat Poliklinik Hijrah, kat Cahaya Masai, P.Gudang. Doc baik+peramah name dia Dr. Mahzan. tapi hasrat utama nak dengar jantung baby tak kesampaian sebab takde alat kot. cume scan biase tu. Tu pun keciwa sebab tak nampak jelas sgt sebab pundi kencing hampir kosong. lupa kena penuhkan pundi kencing untuk scan baby..huhu.

Kena cas RM50+ campur pil kalsium sebab tak minum susu. Alaaa doctor tu pun cakap dia sendiri tak minum susu mase pregnant. hehe.. *ingatkan dia nak paksa haku minum susu* dia cakap makan je makanan yang ada kalsium, macam tempe, ikan bilis, bla3.. Fuu lega..

Ni gambar scan,yang atas dia tu gambar omak+apaknye ketika photoshut sbelum ditunangkan.

Letak dalam sticky album tunang.


belah kiri tu kene flash pulak.huhu.. memang tak clear sgt.

Alahan? buat masa ni dah ok sikit tang loya2 tu. ada gak la kadang2.. recover dengan makan buah2 je..pastu minum air sejuk.kalau dapat fresh oren mamak osman lagi legaaa.haha.  
tapi pagi2 tu tetap ada gak muntah tu tapi tak la tiap2 hari. uwek2 pun keluar air+angin je but still seksa =.=
Pastu bau-bauan still sensitip. tak suka bau pewangi, sabun (shampu boleh pulak??), rokok, bau masakan, bau rumah kempas, bau pelik2 yang busuk bla3.

Next week ingat nak pegi buat buku kat KK. adui malasnye hihihihi.





l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers