RSS

Majlis Bertandang


Perut dah ade isi baru nak review.kihkih.. majlis ni dibuat pada 7/7/2012 yang lepas, iaitu lebih kurang sebulan lepas nikah. best tu fefeling pengantin baru dapat bersanding lagik walaupun ada yang cakap pengantin basi. eleh.. :p jom tengok gambar sambil baca bebelan.



masa nikah/sanding bulan 6 dulu tak sempat nak lukis2 inai ni..lagipun dengar kata min dalam rm150 utk kaki n tangan. ahh mahal! pastu teringin jugak nak pakai so time btandang ni tanya mak andam, dia cakap pakai sticker je..so inilah hasilnye, free je. tampal sticker,taruk inai, cuci2, bukak sticker, siap!! jimat. kalau tau ada cara camni konfim dah buat dulu..kat kedai india ada je jual sticker inai ni.

Prefer pulut kuning pulak sebab aritu dah kek kan.. order kat akak yang sama je. kak suhaila . harga tak ingat, tapi bawah rm100 la.


Goodies lebih kurang sama pattern je macam majlis belah pempuan aritu. beza nya takde riben, pastu cop direct kat paperbag. jimat masa. dalam tu sume makanan. telur pindang+jajan+air mineral.

Outdoor Photoshut


Mak andam dari leenz bridal, Permas. mekap ok la sebab dah request taknak tebal sangat. rambut je tak puas ati. buruk okeh! tula, suh pakai tudung taknak, padanla muke .. ;(

bunting! tak suke ada gambar :)


plan nak tema purple, tapi orang kanopi takde purple. boley???????? bolehh..ni la hasilnyee... :( kesudahannye, pengantin tetap nak purple, lantakkan la kemah merah ke ijau ke itam ke.. nama tema:asal boleh! tu belakang tu pelamin simpel. eh simple sangat pun taklawa jugak kan?? tu la akibat bridal yang mementingkan kuantiti dari kualiti. hasil pun asal boleh. lantak!


Family in-law :)


My family. tapi tak cukup korum pulak


OP kitorang. bebudak ni memang semangat & sporting. untung dapat 3 photog skaligus. Kredit to : CriticalEpisode (recommended)


Ok tu  jelah kot. Sekian untuk hari ini. Bye..




5 comments:

Kerry Mirza said...

rina, kery mase tandang pun gune sticker inai je heheh.nway, cantik la pelamin rina tu..sweet n simple..suke bunga gantung2 tu..

Cik Mashi said...

Doorgift tu cop trus gune rubber stamp ke??

Nora..Leeza said...

rina pakai inai ape.. cantik warnanye... :)

keadilan.bersuara said...

Amaran kepada bakal bride-to-be di Johor: Jauhi servis LEENZ BRIDAL Permas Jaya

Biasanya, bridal ini akan menyertai bridal fair di mana2 dan kebiasaannya akan display baju-baju yang paling cantik serta menawarkan pakej yang paling murah. Bila berkunjung ke butik, baju-baju lain *sangat* hodoh. Seolah-olah dijahit oleh seseorang yang tiada bakat. Lagi satu perkara, sebaik sahaja anda membuat bayaran, layanan yg mula2 baik itu akan bertukar menjadi acuh tak acuh.

Bridal ni pernah cuba menguruskan 37 majlis dalam masa 2 hari. Cuba bayangkan betapa serabut dan low quality servis yg diberikan. Tamak haloba!

Pengalaman Pengantin #1
Pengantin ini telah mengambil pakej dewan penuh berlian
Pada hari majlis alatan merenjis tiada, pengantin telah diberitahu semasa sedang bersanding: 1 minit sebelum acara merenjis!!! Yang menyedihkan, tetamu menyedari apa yang berlaku.
Kendarat tak menjalankan tugas, melepak sambil melayan telefon bimbit, sedara mara pengantin yang terpaksa bertungkus lumus utk mengangkat pinggan kotor dan replenish makanan yang sudah habis
Baju-baju pengantin tak pernah di basuh - pengakuan dari owner sendiri (Farasuzi Mohd)
Baju terpaksa di alter banyak kali sbb pekerja lain yang mengambil ukuran badan pengantin, bukan tukang jahit sendiri.
Meja dan kerusi makan kotor, chair sash buruk dan berbulu, kain alas seperti tidak pernah dibasuh
Makanan katering ada telur lalat
Owner & pekerja bridal sambil lewa & unfriendly especially bila sudah membuat pembayaran.
Bila pelanggan tidak puas hati, pekerja bridal sangat biadap dan menyalahkan pelanggan
Pelamin tidak mengikut apa yang telah di janjikan. Bila ditanya, bridal menyalahkan pelanggan kononnya itu adalah permintaan pelanggan.

Pengalaman Pengantin #2
Semasa berbincang dengan wedding planner (as if!!), pada masa yang sama owner bridal sedang bertekak dengan pengantin lain yg tidak berpuas hati dengan servis yang di perolehi. Statement owner bridal tu - “Setakat 3 ribu pon nak kecoh”. Haram laknat punya Farasuzi Mohd. Tak pikir ke dia, orang lain bertungkus lumus kerja untuk kumpul duit. Haa, obvious kan bridal ni tak peduli pelanggan puas hati ke tidak, asalkan DUIT masuk.

Pengalaman Pengantin #3
Baju yang sepatutnya dipakai semasa majlis bersanding dalam masa 2 hari, di berikan kepada pengantin di kuala lumpur. Pasangan tersebut terpaksa memilih pakaian lain yang bertentangan dari tema warna yg telah ditetapkan.
Kecewa dengan kejadian ini, pengantin telah meminta ganti rugi. Namun, bridal tidak mahu bertanggungjawab.

Pengalaman Pengantin #4
Pelamin tidak lengkap. Pelamin nampak kosong dan tidak menarik tanpa pagar yg sepatutnya diletakkan di tepi bangku.
Bunga meja makan tetamu yg telah dijanjikan, tidak dibawa.

Jadi, fikir2 kanlah sebelum mengambil LEENZ bridal package. Bagi mereka, duit adalah priority utama mereka, BUKAN kepuasan pelanggan & servis yang berkualiti. Malah, owner (Farasuzi Mohd - https://www.facebook.com/farasuzi.mohd?fref=ts) sanggup memburukkan pelanggan yg tidak berpuas hati di hadapan pelanggan baru yg totally naive.

Kami adalah bekas pengantin yang merasa amat kecewa dengan servis bridal ini. Kami memilih untuk mengemukakan masalah yang telah dihadapi utk menghentikan penipuan ini. Ekceli, ramai pengantin yg tertipu namun memilih untuk berdiam diri. Kepada bekas-bekas pengantin yang pernah di tipu oleh bridal ini, sila nyatakan pengalaman anda di sini bagi membuka mata bakal-bakal pengantin. Next step -> cari lawyer. Sekian.

keadilan.bersuara said...

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=1624467125021290347#editor/target=post;postID=9199436040267421826;onPublishedMenu=posts;onClosedMenu=posts;postNum=0;src=postname

Post a Comment

l.o.v.e

Lilypie Second Birthday tickers Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers